Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Citigroup nyaris pindahkan $8b ke akaun pelanggan

Mar 4, 2025 | 4:52 PM
Kesilapan yang hampir menjadi masalah itu berlaku pada April 2024, pada bulan yang sama satu bahagian lain bank itu secara tidak sengaja kreditkan AS$81 trilion kepada pelanggan lain. 
Kesilapan yang hampir menjadi masalah itu berlaku pada April 2024, pada bulan yang sama satu bahagian lain bank itu secara tidak sengaja kreditkan AS$81 trilion kepada pelanggan lain.  - Foto REUTERS

NEW YORK: Citigroup hampir memindahkan kira-kira AS$6 bilion ($8 bilion) ke akaun seorang pelanggan secara tidak sengaja selepas seorang kakitangan yang mengendalikan pemindahan itu menyalin dan menampal nombor akaun tersebut ke dalam ruang untuk angka dolar Amerika Syarikat.

Masalah yang nyaris berlaku dalam perniagaan pengurusan kekayaan Citigroup itu telah melipatgandakan jumlah yang dimaksudkan lebih 1,000 kali ganda dan dikesan pada hari perniagaan berikutnya, menurut sumber yang tahu mengenai perkara tersebut.

Ia berlaku pada April 2024, dalam bulan yang sama bahagian lain bank itu secara tidak sengaja mengkreditkan AS$81 trilion kepada pelanggan lain.

Kesilapan bahagian pengurusan kekayaan itu dilaporkan kepada pengawal selia dan, di dalam pejabat Citigroup, menimbulkan cetusan kekecewaan yang boleh didengari daripada Encik Andy Sieg, yang telah tiba beberapa bulan lebih awal untuk mengendalikan unit itu, menurut beberapa sumber, yang meminta tidak dinamakan.

Para eksekutif sedang berbincang dengan pihak atasan dan pengawal selia tentang cara menangani perkara yang telah berlaku lebih awal, apabila berita tentang kesilapan yang lebih besar itu sampai kepada mereka, memberi sedikit kelegaan kepada beberapa pengurus itu.

Sejak itu, firma tersebut telah menyediakan alat seluruh syarikat untuk membantu memeriksa pembayaran dan pemindahan yang besar dan di luar kebiasaan, kata beberapa orang.

Dalam satu kenyataan, Citigroup berkata ia “mengenal pasti dan membetulkan kesilapan itu dengan segera, yang tidak memberi kesan kepada bank atau pelanggan kami”.

Syarikat itu menambah: “Selain itu, kami melaksanakan langkah pencegahan yang dipertingkatkan yang konsisten dengan usaha berterusan Citi untuk menghapuskan proses manual dan automasikan kawalan.”

Insiden-insiden tersebut mencerminkan usaha berterusan Citigroup meningkatkan kawalan risiko selepas penalti dan sekatan kawal selia dikenakan ke atasnya kerana sistemnya yang lemah. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg