Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Collins Aerospace bakal pindah ke kilang baru bernilai $336j di Seletar

Jul 24, 2024 | 5:54 PM
Seletar Aerospace Park, yang akan menempatkan kemudahan baru Collins Aerospace, adalah tapak bagi lebih daripada 70 syarikat dalam industri penerbangan. 
Seletar Aerospace Park, yang akan menempatkan kemudahan baru Collins Aerospace, adalah tapak bagi lebih daripada 70 syarikat dalam industri penerbangan.  - Foto COLLINS AEROSPACE

Pengeluar produk pertahanan, Collins Aerospace, pada 24 Julai mengumumkan langkah memindahkan kemudahan pembuatannya ke tapak baru bernilai AS$250 juta (S$336 juta) di Seletar Aerospace Park dari Bedok.

Langkah ini dijangka meningkatkan keupayaan pengeluaran aeroangkasanya.

Menurut akhbar The Business Times (BT), kemudahan baru itu akan memulakan pembinaan pada suku keempat 2025 dan dijangka siap menjelang 2027. Pengeluaran di tapak barunya itu akan bermula pada 2028.

Ia akan menyokong reka bentuk, pembangunan dan pengeluaran komponen aeroangkasa.

Syarikat penerbangan itu, melalui satu pelan peralihan berbilang tahun, akan mengekalkan keupayaan pengeluaran di kedua-dua kemudahan Bedok dan Seletar.

Laman sesawang Collins Aerospace menunjukkan kilangnya di Bedok pada masa ini mengeluarkan peralatan dan perkakasan aeroangkasa berteknologi canggih untuk pemacu kelajuan malar Hamilton Sundstrand – yang merupakan penjana yang biasa ditemui dalam enjin pesawat.

Naib presiden eksekutif Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), Cik Cindy Koh, berkata langkah itu adalah contoh yang baik tentang bagaimana ia “bekerjasama dengan syarikat aeroangkasa terkemuka dalam pertumbuhan jangka panjang mereka”.

Lokasi syarikat itu di Singapura ialah ibu pejabat serantau untuk Asia-Pasifik, dengan lebih 2,000 pekerja menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih, serta pembuatan, jualan dan pemasaran.

Collins membekalkan produk kepada pembuat pesawat seperti Boeing dan Airbus.

Seletar Aerospace Park menempatkan lebih 70 pemain industri penerbangan – termasuk GE Aviation dan Bombardier.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg