Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

$242j dilabur bagi kemudahan aeroangkasa baru, 500 kerja bakal diwujudkan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

$242j dilabur bagi kemudahan aeroangkasa baru, 500 kerja bakal diwujudkan

Feb 21, 2024 | 06:13 PM



Sebuah usaha sama antara syarikat pembuat enjin pesawat Rolls-Royce dan SIA Engineering Company (SIAEC) akan melabur AS$180 juta ($242 juta) untuk meningkatkan hampir seganda perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) aeroangkasanya di sini mulai 2026.

Langkah itu dijangka meningkatkan kapasiti Singapore Aero Engine Services Ltd (SAESL) sebanyak 40 peratus dan mewujudkan 500 pekerjaan kejuruteraan yang perlu diisi menjelang 2028, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

SAESL ialah salah satu syarikat MRO terbesar di dunia, yang menyediakan perkhidmatan kepada enjin jet Rolls-Royce Trent.

Ia menggajikan hampir 2,000 pekerja dan mempunyai tapak fizikal sebesar kira-kira 60,000 meter persegi di Singapura.

Perjanjian akan ditandatangani dengan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) dan NTUC LearningHub untuk mempromosikan pekerjaan yang bakal diwujudkan dan melatih pekerja baru.

Untuk memastikan pengembangannya di sini, SAESL menandatangani memorandum persefahaman (MOU) pada 21 Februari dengan dua agensi pemerintah, Lembaga Pembangunan Ekonomi (EDB) dan JTC Corporation.

Berucap pada majlis menandatangani perjanjian itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SAESL, Encik Simon Middlebrough, menyifatkan pelaburan baru itu sebagai “peluang sekali dalam satu generasi”.

Beliau berkata ia akan membantu mengukuhkan kedudukan syarikat itu di sini sepanjang dua dekad akan datang, dan membolehkannya mengembangkan kapasiti dan keupayaannya untuk menyokong pelanggan hingga sekurang-kurangnya 2040-an.

Dengan pengembangan tersebut, yang akan disiapkan secara progresif mulai 2026, syarikat itu akan menambah lagi ruang seluas 50,000 meter persegi, iaitu sebesar tujuh padang bola sepak.

SAESL akan membina kemudahan baru seluas 26,000 meter persegi di kawasan perindustrian Loyang JTC yang memberi fokus pada kerja mengubah dan baik pulih enjin.

Kemudahan semasa SAESL di Changi, iaitu lima bangunan di Calshot Road dan Loyang Road, juga akan menjalani ubah elok besar agar ia boleh dikonfigurasikan semula untuk memenuhi peningkatan kapasiti pengeluaran yang dijangka.

Pelaburan baru itu juga akan meliputi keupayaan pembaikan baru untuk beberapa bahagian enjin Rolls-Royce yang bernilai tinggi, menggunakan teknologi seperti pengimbasan tiga dimensi.

Ketua mobiliti dan perindustrian di EDB, Encik Lim Tse Yong, berkata pengembangan SAESL akan mengukuhkan kedudukan Singapura sebagai hab global bagi MRO aeroangkasa.

EDB sebelum ini berkata industri aeroangkasa Singapura dijangka menggajikan lebih 2,500 pekerja dalam tiga hingga lima tahun akan datang, dan pengeluaran industri di sini telah mengatasi pemulihan global, meningkat 16 peratus pada 2023.

SAESL berkata permintaan global bagi perkhidmatan MRO dijangka berkembang 2 peratus hingga 3 peratus pada tahun-tahun akan datang kepada AS$657 bilion, dan rantau Asia-Pasifik sahaja dijangka menyumbang satu pertiga daripada jumlah itu.

Syarikat MRO aeroangkasa lain juga telah mengembangkan kemudahan dan keupayaan mereka di sini, atau telah mengumumkan rancangan berbuat demikian.

ST Engineering merancang membina kemudahan penyelenggaraan pesawat seluas 84,000 meter persegi di Lapangan Terbang Changi yang dijangka menelan kos $170 juta, manakala pembuat enjin jet Pratt & Whitney membuka pusat enjin Singapura yang diperluas pada 19 Februari, meningkatkan kapasitinya lebih 60 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >