Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

ComfortDelGro peroleh firma pakar pengurusan pengangkutan di UK

Feb 13, 2024 | 03:47 PM



ComfortDelGro pada 13 Februari mengumumkan bahawa anak syarikatnya yang sepenuhnya dimiliki telah mengambil alih CMAC Group, sebuah syarikat pakar dalam pengurusan pengangkutan darat dan rangkaian penginapan berpangkalan di United Kingdom (UK), dengan harga £80.2 juta ($135.4 juta). 

Perjanjian itu dibiayai melalui kemudahan bank kumpulan itu. Selepas penyerapan tersebut, CMAC akan berfungsi sebagai anak syarikat tidak langsung ComfortDelGro, menurut kenyataan pengendali pengangkutan tersebut. 

Langkah tersebut dibuat ketika kumpulan itu berusaha mengembangkan khidmat pengangkutan dari satu tempat ke satu tempat (P2P) di rantau itu, lapor The Business Times (BT).


CMAC menyediakan khidmat meluas, daripada pengangkutan kecemasan untuk penumpang, hingga ke perniagaan dalam bidang kereta api, perjalanan, penjagaan kesihatan, serta sektor korporat dan awam.

Ia juga mempunyai rangkaian meluas pembekal diluluskan yang menyediakan huraian pengangkutan kecemasan untuk penumpang, dan penginapan khas.

Operasi perniagaannya meliputi UK, Perancis, Sepanyol, Portugal, Greece dan Belanda. Ia antara lain mengurus perjalanan bagi pihak syarikat penerbangan, pengendali darat dan pengendali kereta api.

Di samping itu, CMAC juga mengurus melalui jenama Suntransfers, khidmat penyambungan perjalanan peribadi dan berkongsi kenderaan atau ride-share ke lebih 500 lapangan terbang, stesen bas dan kereta api, serta pelabuhan di seluruh dunia.


Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan ComfortDelGro, Encik Cheng Siak Kian, berkata CMAC melengkapi operasi kumpulan itu di UK dan Eropah, membolehkannya meluaskan tawaran dari perniagaan ke perniagaan (B2B) di rantau itu.

Langkah mengambil alih syarikat itu juga membolehkan CMAC memanfaatkan pengetahuan mendalam kumpulan itu mengenai pasaran untuk mengembangkan perniagaannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >