Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cordlife adakan sesi taklimat umum untuk pelanggan terjejas

Jun 23, 2025 | 4:34 PM
Cordlife, townhall
Sesi taklimat umum atau ‘townhall’ tersebut bertujuan membincangkan dan mengemukakan cadangan penambahbaikan bagi menyokong pelanggan yang terjejas, melalui “cadangan yang dipertingkatkan”, di samping mendapatkan maklum balas mereka. - Foto CORDLIFE

Bank darah tali pusat swasta, Cordlife, mengumumkan pada 23 Jun bahawa ia akan memulakan beberapa pertemuan sesi taklimat umum atau townhall secara langsung dan dalam talian minggu ini dengan pelanggan yang terjejas oleh tangki yang rosak dan berisiko tinggi.

Sesi tersebut bertujuan membincangkan dan mengemukakan cadangan penambahbaikan bagi menyokong pelanggan yang terjejas, melalui “cadangan yang dipertingkatkan”, serta mendapatkan maklum balas mereka, lapor The Business Times (BT).

Dalam kenyataan pada 23 Jun, syarikat sel tunjang itu menyatakan “cadangan yang dipertingkatkan” tersebut masih dalam pertimbangan. 

Berdasarkan hasil perbincangan sesi taklimat umum, cadangan itu mungkin akan merangkumi penyimpanan unit darah tali pusat dalam jangka panjang, tawaran perlindungan tambahan yang tidak dinyatakan dalam kontrak asal dan sokongan penjagaan kesihatan jika anak memerlukan pemindahan sel darah tali pusat.

Selepas perbincangan dalam sesi tersebut townhall, ia mungkin merangkumi perkara berkaitan dengan penyimpanan unit darah tali pusat, perlindungan tambahan bagi pelanggan yang tidak termasuk dalam kontrak asal, dan sokongan perubatan jika anak memerlukan pemindahan darah tali pusat.

Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Cordlife untuk melibatkan pelanggan, selepas syarikat itu menyambung semula operasi sepenuhnya pada Januari lalu.

Pada Februari 2024, Cordlife menawarkan pemulangan yuran tahunan kepada pelanggan yang terjejas akibat suhu tidak terkawal dalam salah satu tangki simpanannya, melibatkan sekitar 2,200 unit darah tali pusat yang tidak lagi sesuai digunakan untuk pemindahan.

Syarikat itu turut mengecualikan bayaran yuran selanjutnya bagi pelanggan aktif sehingga anak mereka mencapai umur 21 tahun.

Syarikat itu menawarkan pemulangan yang sama kepada pelanggan pada April 2024 apabila satu lagi kumpulan 5,300 unit darah tali pusat dianggap berisiko tinggi.

Daripada jumlah pelanggan yang terjejas, sekitar 56 peratus telah menerima tawaran tersebut setakat 30 Mei.

“Cordlife akan berusaha mencari pengganti yang sesuai sekiranya darah tali pusat tidak memenuhi kriteria daya hidup untuk pemindahan,” kata syarikat itu.

“Cadangan yang dipertingkatkan” yang akan dikemukakan kelak akan ditawarkan kepada semua pelanggan yang terjejas, bukan hanya baki 44 peratus yang masih belum menerima tawaran Cordlife pada Februari dan April 2024.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cordlife, Cik Chen Xiaoling, berkata:

“Bagi 56 peratus pelanggan yang telah menerima tawaran sebelum ini, usah bimbang – anda juga akan menerima sebarang penambahbaikan yang bakal diumumkan.

“Pihak pengurusan amat menghargai semua maklum balas pelanggan dan kami akan terus menyalurkan maklumat secara terbuka dan tepat pada masanya.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg