Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lesen khidmat Cordlife diperbaharui untuk setahun

Khidmat simpan darah tali pusat, tisu manusia diperbaharui Kementerian Kesihatan (MOH), kuat kuasa 14 Jan
Jan 15, 2025 | 3:57 PM
Cordlife sebelum ini mendapat izin meneruskan khidmat menyimpan darah tali pusat secara terhad.
Cordlife sebelum ini mendapat izin meneruskan khidmat menyimpan darah tali pusat secara terhad. - Foto CORDLIFE

Cordlife mengumumkan bahawa lesen untuk khidmat penyimpanan darah tali pusat dan tisu manusianya telah diperbaharui oleh Kementerian Kesihatan (MOH) untuk tempoh setahun dan berkuat kuasa pada 14 Januari. 

“Syarikat ini komited memenuhi semua keperluan kawal selia dan langkah pematuhan berkaitan sebelum mempertimbangkan untuk memulakan semula operasi sepenuhnya di Singapura,” kata Cordlife.

Oleh itu, pada peringkat ini, ia tidak dapat menilai kesan berita terkini terhadap prestasi kewangannya untuk tahun berakhir pada 31 Disember 2025, tambahnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Bursa Singapura pada 14 Januari 2025, lapor The Straits Times.

Sebelum ini, Cordlife dibenarkan meneruskan khidmat penyimpanan darah tali pusat secara terhad – mengehadkan operasi kepada tidak lebih 30 unit darah tali pusat baru daripada penderma bayi sebulan – dari 15 September 2024 hingga 13 Januari 2025.

Ini selepas audit susulan oleh MOH menunjukkan bahawa Cordlife memenuhi keperluan untuk menyambung semula perkhidmatan penyimpanan darah tali pusat.

Operasi Cordlife dihentikan pada Disember 2023 akibat kekurangan di kemudahan penyimpanannya.

Unit darah tali pusat yang disimpannya dalam tujuh daripada 22 tangki penyimpanan terdedah kepada suhu tidak optimum.

Ia menyebabkan sekitar 7,500 unit darah tali pusat dianggap tidak hidup dan tidak sesuai untuk pemindahan sel stem. 

Saham di Cordlife melonjak selepas pengumuman tersebut.

Saham meningkat 1.7 sen atau 11.7 peratus kepada 16.2 sen semasa rehat dagangan tengah hari pada 15 Januari.

Syarikat itu meminta supaya penggantungan dagangan yang dibuat sebelum pasaran dibuka pada 14 Januari dihentikan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg