Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dari pendidikan vokasional ke puncak kerjaya di DBS

Jul 26, 2023 | 9:36 AM
GIGIH TINGKAT KEMAHIRAN: Meskipun Encik Abdul Wahib Kassim menyertai DBS dengan hanya kelulusan institut vokasional, beliau tidak segan untuk meningkatkan kemahiran demi menggalas tanggungjawab yang lebih besar.
GIGIH TINGKAT KEMAHIRAN: Meskipun Encik Abdul Wahib Kassim menyertai DBS dengan hanya kelulusan institut vokasional, beliau tidak segan untuk meningkatkan kemahiran demi menggalas tanggungjawab yang lebih besar. - Foto BH oleh ANWAR SALEH

Kisah perjalanan kerjaya Encik Abdul Wahib Kassim yang bermula sebagai ‘budak pejabat penghantar surat’ atau office boy di DBS ketika usianya masih 19 tahun, dan mendaki tangga kerjaya kini sebagai penganalisis – menjadi suatu inspirasi yang menakjubkan.

Beliau hanya bermula dengan pendidikan dari institut vokasional. Setelah mengabadikan dirinya dengan menjalani pelbagai latihan serta kursus selama lebih 40 tahun dan seperti kata pepatah, belakang parang jika diasah, akan tajam juga.

Jika sebelum ini tugasan hariannya termasuk menghantar dokumen penting dari satu pejabat ke pejabat lain di pejabatnya di Shenton Way, serta membuka dan mengunci pejabat setiap hari, kini pada umur 62 tahun, beliau dinaikkan pangkat sebagai analyst atau penganalisis di bank tersebut.

Beliau diberikan tanggungjawab lebih besar untuk menjana dan mengesahkan laporan yang diperlukan oleh seluruh pasukan untuk hari dagangan akan datang.

Encik Abdul Wahib, yang mempunyai dua orang anak, menyifatkan peningkatan kerjayanya kepada dorongan dan nasihat bekas penyelianya yang sering menggalaknya untuk meningkatkan kemahiran demi untuk kekal relevan dan meraih peluang kerjaya yang lebih tinggi di DBS.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg