Deliveroo tamat operasi di S’pura, khidmat terakhir pada 4 Mac

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Deliveroo tamat operasi di S’pura, khidmat terakhir pada 4 Mac

Feb 25, 2026 | 6:50 PM

Deliveroo tamat operasi di S’pura, khidmat terakhir pada 4 Mac

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
deliveroo, S’pura, khidmat penghantaran
Deliveroo akan bekerjasama rapat dengan pasukan tempatan untuk memberi sokongan kepada pelanggan, rakan kongsi dan pekerja penghantaran sepanjang tempoh peralihan ini. - Foto fail

Pengendali khidmat penghantaran makanan, Deliveroo, akan keluar dari pasaran Singapura pada 4 Mac, berdasar kenyataan yang dikeluarkan di laman webnya pada 25 Februari.

“Ini merupakan keputusan yang sukar.

Ia dibuat selepas menilai keadaan negara ini, dan kami ingin menumpukan pelaburan di kawasan di mana kami lihat jalan paling jelas untuk pertumbuhan secara mampan dan kepimpinan jangka panjang,” kata kenyataan itu lagi.

Ketua DoorDash International yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Deliveroo, Encik Miki Kuusi, berkata:

“Sepanjang 11 tahun lalu, sejak 2015, kami berbangga dapat membantu membentuk perkhidmatan penghantaran makanan di Singapura, memberi pengguna akses kepada pelbagai restoran dan kedai runcit.

“Kepada semua kakitangan, pelanggan, rakan kongsi dan pekerja penghantaran yang bersama kami serta menyokong kami dalam perjalanan ini, terima kasih.”

Dalam kenyataan itu, Deliveroo menambah ia akan bekerjasama rapat dengan pasukan tempatan untuk memberi sokongan kepada pelanggan, rakan kongsi dan pekerja penghantaran sepanjang tempoh peralihan ini.

Platform itu akan terus beroperasi sehingga 4 Mac.

Dalam e-mel kepada pelanggan, Deliveroo Singapore menyatakan ia telah membuat “keputusan sukar” untuk menamatkan perniagaan mereka di Singapura.

“Ini bukan keputusan yang mudah, dan bukan sesuatu yang diambil secara ringan.

“Kami sentiasa komited untuk memberi nilai terbaik kepada pelanggan, rakan kongsi dan pekerja penghantaran kami.

“Sepanjang 11 tahun di Singapura, kami berbangga dengan apa yang telah kami capai,” kata pengendali khidmat penghantaran itu.

Deliveroo berkata pelanggan boleh menggunakan kad hadiah (gift card) atau kredit yang belum digunakan sebelum 3 petang, 4 Mac.

Pekerja penghantaran boleh terus menghantar pesanan sehingga 3 petang pada 4 Mac, jelas Deliveroo kepada pekerja penghantaran mereka.

Bayaran akan diproses seperti biasa pada 4 Mac dan sebarang bayaran tertunggak atau insentif akan dibayar pada 10 Mac.

Syarikat induk Deliveroo, DoorDash, pada 25 Februari menyatakan keputusan keluar dari Singapura “bukan petunjuk prestasi perniagaan”.

Ia juga akan menamatkan operasi di Qatar, Jepun dan Uzbekistan melalui jenama Deliveroo dan Wolt.

Syarikat itu menambah ia juga akan melaksanakan beberapa perubahan operasi terhad di lokasi tertentu, termasuk pelaburan dalam beberapa peranan kejuruteraan di Britain.

Pada Mei 2025, DoorDash bersetuju membeli platform penghantaran makanan berpangkalan di Britain, Deliveroo, pada nilai ekuiti sekitar AS$3.9 bilion ($4.94 bilion).

Ini selepas platform itu menghentikan operasi di Hong Kong pada Mac 2025 dengan menjual beberapa aset kepada syarikat penghantaran Singapura, foodpanda, dan menutup aset lain.

Pada 2024, Deliveroo menutup dapur awannya di Singapura berikutan kos operasi tinggi dan permintaan daripada restoran yang menurun.

DoorDash pada 25 Februari berkata ia akan memulakan “proses menamatkan operasi secara teratur” di setiap negara dan akan bekerjasama rapat dengan pasukan tempatan serta rakan kongsi untuk menyokong semua pihak yang terlibat.

DoorDash turut menambah ia tidak menjangka langkah itu akan memberi kesan ketara terhadap masa depan kewangan syarikat.

Deliveroo telah melantik Kroll, penyedia khidmat penyelesaian nasihat kewangan terkemuka di dunia, bagi menguruskan penutupan perniagaan mereka di Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg