Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

DPM Gan dilantik pengarah lembaga GIC

Sep 24, 2024 | 4:47 PM
Encik Gan Kim Yong juga merupakan pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS).
Encik Gan Kim Yong juga merupakan pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS). - Foto ST

Timbalan Perdana Menteri, Encik Gan Kim Yong, telah dilantik sebagai pengarah lembaga GIC dan akan memulakan peranannya pada 1 Oktober, kata dana kekayaan negara itu pada 24 September.

Encik Gan, yang juga Menteri Perdagangan dan Perusahaan, ialah pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan bertanggungjawab ke atas kumpulan strategi di Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Ketua eksekutif GIC, Encik Lim Chow Kiat, berkata bahawa “pengalaman luas Encik Gan akan menambah wawasan berharga kepada peruntukan aset penting dan keputusan strategik lain”, lapor The Business Times.

Encik Gan, 65 tahun, lulus daripada Universiti Cambridge dengan ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang kejuruteraan.

Beliau memulakan kerjayanya dalam Perkhidmatan Awam Singapura di Kementerian Perdagangan dan Perusahaan dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri.

Pada 1989, beliau berpindah ke sektor swasta dan menyertai syarikat NatSteel, yang menghasilkan produk keluli tetulang dan penyelesaian untuk perusahaan pembinaan.

Encik Gan menjadi ketua eksekutif dan presiden syarikat itu pada 2005.

Selama beberapa tahun, beliau juga pernah memegang jawatan dalam kementerian pendidikan, tenaga kerja dan kesihatan.

Beliau mengangkat sumpah sebagai salah seorang daripada dua timbalan perdana menteri pada Mei 2024.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg