Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

DPPMS rancang perluas sesi rangkaian Dewan Connect

Presiden DPPMS terangkan daya usaha berkesan
bina hubungan bermakna dalam kalangan peniaga
Jan 15, 2024 | 12:00 PM



Berikutan sambutan luar biasa yang diterima semasa acara Dewan Connect di Kampong Gelam pada Disember 2023, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) akan mengembangkan jejak mereka dengan menawarkan lima lagi acara di Kampong Gelam pada 2024.

Dewan Connect, ialah acara rangkaian utama DPPMS yang menghimpunkan peniaga Melayu/Islam.

Sepanjang 2023, DPPMS telah melancarkan lima sesi yang menarik lebih 200 peserta bagi meluaskan rangkaian dan jalinan usaha niaga bagi membolehkan mereka mengembangkan perniagaan masing-masing.

Salah seorang peniaga yang meraih manfaat itu ialah Cik Juliana Rahmad, 49 tahun.

Beliau, yang mengalami kesukaran untuk mencari pekerjaan selepas diberhentikan kerja pada 2023, mula belajar membuat kuih tradisional Melayu sebagai langkah untuk mengisi masa.

Dalam pada itu, minat membuat kuih telah mendorongnya memulakan perniagaan secara sambilan dari rumah.

Bagaimanapun, beliau yang mempunyai pengalaman selama 24 tahun dalam bidang operasi dan penjagaan pelanggan, kurang mahir dalam selok-belok perniagaan.

“Saya menghampiri Mendaki untuk mengetahui jika terdapat dana atau geran yang boleh dimohon ataupun sokongan lain yang boleh saya terima.

“Mereka menyarankan agar saya rujuk kepada DPPMS untuk maklumat lanjut,” kongsinya kepada Berita Harian (BH).


Dengan itu, beliau menghadiri sesi Dewan Connect pada 21 Disember berbekalkan niat untuk belajar lebih mendalam tentang dunia perniagaan serta manfaat yang boleh didapati jika menjadi ahli DPPS.

Beliau berkata: “Lebih daripada 20 kad nama saling bertukar dalam masa dua jam sahaja. Kad nama saya sendiri juga kehabisan.”

Walaupun Cik Juliana telah mendaftarkan perniagaannya, Uli’s Kitchen, pada April 2023, beliau hanya mula memasarkan kuih-muihnya pada Disember.

Kini, beliau telah menerima 10 pesanan dan beliau lebih terdorong untuk mengembangkan nama dan memperkenalkan kuih tradisional kepada golongan berbangsa lain.

Dengan itu, ia juga dapat melindungi warisan Melayu itu daripada pupus.

Presiden DPPMS, Encik Abu Bakar Mohd Nor, turut berkongsi dengan BH tentang kejayaan acara Dewan Connect.

“Ia telah terbukti sebagai wadah yang berkesan untuk memupuk hubungan bermakna dalam kalangan peniaga Melayu/Islam.”

“Penglibatan ini memudahkan perbualan yang lebih mendalam, dan DPPMS dapat mengumpul maklum balas yang tidak ternilai untuk meningkatkan kerjasama dalam kalangan ahli dan bakal ahlinya,” kata Encik Abu Bakar.

Menjelang 2024, DPPMS bertekad untuk mempertingkat keupayaan Dewan Connect dalam membantu memenuhi keperluan perniagaan yang berkembang.

Ia merancang untuk memperkenalkan format inovatif dan meneroka topik yang pelbagai untuk menangani cabaran kontemporari.

Selain itu, ia juga berhasrat untuk meluaskan jangkauan Dewan Connect, dan memastikan penyertaan lebih luas dan dengan pelbagai perspektif.

Tumpuan DPPMS kekal dalam menyediakan wadah dinamik ke arah penglibatan bermakna, memupuk hubungan lebih kukuh dan menyumbang kepada pertumbuhan berterusan dalam ekosistem perniagaan.

Antara sesi rangkaian yang akan dilancarkan pada 2024 merupakan Program Perniagaan Supermom yang akan berlangsung setiap Ahad pada 14 Januari selama empat minggu.

Sebanyak lapan modul seperti asas perniagaan, cara menguruskan kewangan dan bajet, strategi menggunakan media sosial akan diajar oleh pengendali program tersebut, Cik Hasliza Hashim, Pengarah Bersekutu, Elitez Enterprise.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >