Premium
Ejen hartanah bukan sekadar orang tengah
CEO PropNex Ismail Gafoor tekankan peranan ejen hartanah kian berkembang; mesti manfaat data, teknologi
Aug 27, 2023 | 5:30 AM
MESTI KEKAL RELEVAN: Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex, Encik Ismail Gafoor, menggalak ejen hartanahnya pertingkat kemahiran dan pengetahuan supaya kekal relevan dalam industri dan memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. - Foto PROPNEX
Walaupun ejen hartanah lazimnya tidak terlibat dalam urusan pembelian flat Bina Ikut Tempahan (BTO), mereka masih perlu mempunyai pengetahuan tentang dasar mengenainya dan perkembangan terkini supaya dapat memberi nasihat berguna kepada pembeli, kata Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex, Encik Ismail Gafoor.
Ia adalah antara cara bagi ejen hartanah kekal relevan dan membawa nilai kepada industri supaya pembeli maklum dalam membuat keputusan, bukan sahaja tentang flat BTO yang ingin dimiliki, malah maklum tentang pilihan yang ada pada masa depan sekiranya mereka ingin membeli rumah lebih besar atau berpindah ke rumah privet.
Laporan berkaitan
CEO PropNex komited kepada pelan penggantian kepimpinan yang lancar Aug 23, 2023 | 7:31 PM
Keuntungan separuh pertama PropNex turun 18.4% kepada $22.1j Aug 10, 2023 | 2:59 PM

