Ejen utama KW S’pore sertai firma hartanah ERA bersama sebahagian pasukannya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ejen utama KW S’pore sertai firma hartanah ERA bersama sebahagian pasukannya

Feb 5, 2026 | 3:45 PM

Ejen utama KW S’pore sertai firma hartanah ERA bersama sebahagian pasukannya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Rayne Chua, ERA Realty, KW Singapore, property agent, real estate
Ejen hartanah terkemuka, Cik Rayne Chua (empat dari kiri), bergambar dengan pegawai kanan firma hartanah ERA Singapore (dari kiri) Pengarah Eksekutif Agensi, Encik Alex Lim; Pegawai Eksekutif Utama, Encik Eugene Lim; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Encik Marcus Chu; Timbalan CEO, Cik Doris Ong; dan Ketua Pegawai Agensi, Encik Kevin Lim. - Foto ERA SINGAPORE

Masalah yang menimpa PropertyLimBrothers (PLB) berterusan, dengan salah seorang ejen hartanah terkemuka KW Singapore, Cik Rayne Chua, meletak jawatan dari firma tersebut untuk menyertai ERA Singapore.

KW Singapore ditubuhkan oleh pengasas bersama PLB, Encik Melvin Lim, pada Julai 2025 dan beroperasi sebagai perniagaan berasingan daripada PLB.

Ia merupakan francais agensi hartanah berpangkalan di Amerika Syarikat, Keller Williams.

Meskipun Encik Lim kekal sebagai ketua operasi francais tersebut, beliau serta bekas pengarah pertumbuhan, Cik Grayce Tan, telah meletak jawatan daripada tugas mereka selepas dikatakan terlibat dalam satu hubungan sulit di media sosial.

Mengulas penyertaan Cik Chua dalam agensi hartanah mereka, ERA dalam satu kenyataan berkata:

“Cik Chua dan pasukannya telah memilih ERA dan kami mengalu-alukan kedatangan mereka.

“Keputusannya, bersama ramai anggota pasukannya yang turut mengikuti beliau, mencerminkan keserasian nilai yang kukuh serta keyakinan terhadap platform jangka panjang dan budaya di ERA.”

Menurut Cik Chua, ERA menjadi pilihan kerana beliau mencari “organisasi yang benar-benar melabur dalam pembangunan pekerja”.

“ERA menonjol sebagai pilihan tepat kerana nilainya selari dengan nilai saya sendiri serta ia memberi penekanan kepada latihan tersusun dan platform teknologi yang mantap bagi menyokong ejen di setiap peringkat (kerjaya mereka).

“Sebagai peneraju pasaran dalam projek baru dan jualan semula, saya menantikan peluang (untuk menyumbang) kepada keluarga ERA sambil terus berkhidmat kepada klien dengan penuh perhatian dan profesionalisme.”

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ERA Singapore, Encik Marcus Chu, berkata:

“Di ERA, kami komited membina sebuah organisasi profesional dan bersedia menghadapi cabaran masa depan, berasaskan kesatuan, integriti dan inovasi.

“Ejen kami mendapat sokongan daripada program pembangunan tersusun, rangka kerja pematuhan yang mantap serta alat teknologi canggih, ini membolehkan mereka memberi khidmat kepada pemilik rumah dan klien dengan profesionalisme, kepercayaan dan perhatian.”

Bekas ejen berpendapatan tinggi di PropNex, Cik Chua menyertai KW Singapore pada Jun 2025, menurut laman Instagram agensi itu, membawa bersamanya hampir 40 ejen.

Beberapa sumber menggambarkan beliau sebagai ejen yang “berperanan penting” dalam membawa projek daripada pemaju hartanah, lapor The Business Times (BT).

Semasa di PropNex, pasukan Cik Chua menyelesaikan 107 urus niaga pelancaran baru pada 2024, menurut laman web peribadinya.

Menurut laman web KW Singapore, beliau “membawa kerjasama pemaju pertama untuk KW Singapore”, dengan bekerja bersama GuocoLand bagi projek Springleaf Residence, yang dilancarkan pada Ogos 2025.

Setakat Oktober 2025, pasukannya dikatakan telah menggandakan bilangan ejen kepada lebih 80.

Namun, bilangan ejen daripada pasukannya yang akan menyertai ERA tidak diperincikan.

Peletakan jawatan Cik Chua berlaku tidak lama selepas pengasas bersama PLB, Encik Lim, “mengundur diri daripada tugasnya” di KW Singapore, manakala Cik Tan “tidak lagi menjadi sebahagian daripada pasukan kepimpinan KW Singapore”, kata agensi itu sebelum ini.

Perkembangan ini menyusuli khabar angin dalam talian mengenai hubungan antara Encik Lim dan Cik Tan.

Pada Januari, perunding pertumbuhan KW Worldwide Asia Pacific Hub, Encik Jonathan Lee, dilantik untuk mengambil alih peranan kepimpinan keseluruhan KW Singapore secara sementara.

Agensi itu berkata keutamaan utama mereka kekal untuk melindungi kepentingan semua ejen KW Singapore, sambil mengekalkan piawaian dan budaya rangkaian Keller Williams.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg