Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Eksport S’pura pada Dis 2023 susut 1.5%

Jan 17, 2024 | 4:26 PM
EKSPORT LEBIH LEMAH: Eksport utama Singapura turun semula pada Disember 2023 ekoran kiriman barangan elektronik yang terus berkurang.
EKSPORT LEBIH LEMAH: Eksport utama Singapura turun semula pada Disember 2023 ekoran kiriman barangan elektronik yang terus berkurang. - Foto ST

Eksport utama Singapura turun semula pada Disember 2023 ekoran kiriman barangan elektronik yang terus berkurangan.

Eksport domestik bukan minyak (Nodx) Singapura susut 1.5 peratus berbanding setahun lalu.

Ia juga lebih rendah berbanding Nodx yang meningkat 1 peratus pada November 2023, menurut data Enterprise Singapore (EnterpriseSG) pada 17 Januari.

Prestasi ekonomi Singapura mencatat pertumbuhan lemah pada November selepas Nodx turun 13 bulan berturut-turut.

Eksport barangan elektronik jatuh 11.7 peratus pada Disember, menyusuli penguncupan 12.8 peratus pada November. Ia sekali gus menandakan kemerosotan 17 bulan berturut-turut dalam Nodx barangan elektronik, menurut The Straits Times (ST).

Komputer peribadi dan bahagian komputer, serta litar bersepadu atau semikonduktor, mendorong kiriman barangan elektronik berkurang.

Komputer peribadi, yang menyumbang hampir 10 peratus daripada Nodx elektronik, menjunam 34.3 peratus daripada asas tinggi setahun lalu.

Litar bersepadu menguncup 7.9 peratus, menunjukkan penurunan berterusan dalam eksport sektor elektronik, yang berlaku pada kadar lebih perlahan.

Sebaliknya, eksport barangan bukan elektronik naik sebanyak 1.4 peratus tahun ke tahun. Ini menandakan pertumbuhan bulan kedua berturut-turut selepas kenaikan 5.2 peratus yang dicatat pada November.

Ia sebahagian besarnya didorong kiriman produk farmaseutikal dan pelbagai barangan perkilangan.

Eksport ke 10 pasaran utama Singapura merosot secara keseluruhan ekoran penurunan eksport ke Taiwan, Korea Selatan dan Jepun.

Bagaimanapun, penghantaran ke China, Hong Kong, Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat meningkat, dengan eksport ke EU naik 8.6 peratus, berbanding penurunan sebanyak 21.7 peratus pada bulan sebelumnya.

Selepas diselaraskan secara musiman berdasarkan bulanan, Nodx Singapura jatuh 2.8 peratus kepada $14.6 bilion, membalikkan kenaikan 0.3 peratus pada bulan sebelumnya.

Bagi Disember, jumlah dagangan Singapura jatuh 6.8 peratus berbanding setahun lalu, lebih rendah daripada peningkatan 0.1 peratus yang dicatat pada November.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg