Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

EKONOMI

Eksport S’pura susut 20.2% pada Julai, kadar kemerosotan terbesar sejak Jan

Aug 17, 2023 | 01:42 PM



Eksport domestik bukan minyak (Nodx) Singapura merosot sebanyak 20.2 peratus pada Julai, iaitu kejatuhan lebih ketara daripada penguncupan 15.6 peratus pada Jun, menurut data dari Enterprise Singapore (EnterpriseSG) pada Khamis.

Ini sekaligus menandakan penurunan bulan ke-10 berturut-turut, dan perangkaan itu adalah lebih tinggi daripada ramalan penguncupan sebanyak 14.3 peratus oleh pakar ekonomi.

Menurut perangkaan, kededua eksport elektronik dan bukan elektronik terus merosot pada Julai berbanding tempoh sama tahun lalu. Prestasi pada Julai juga mencatatkan penurunan paling curam sejak Januari 2023, apabila ia menyaksikan kejatuhan 25 peratus.

NODX jatuh sebanyak 3.4 peratus pada Julai, kembali negatif berikutan pertumbuhan 5.2 peratus pada Jun.

Nilai eksport utama mencecah $14 bilion pada Julai, susut sedikit berbanding $14.5 bilion pada Jun. Ia juga kekal rendah daripada tempoh setahun lalu, yang mencapai $17.4 bilion dan purata $16.6 bilion pada 2022.

Berbanding Julai tahun lalu, eksport elektronik merosot 26.1 peratus pada Julai, meningkat daripada kejatuhan 16 peratus pada Jun.

Ini disebabkan oleh kelakonan lebih lesu bagi segmen litar bersepadu (-35.7 peratus), komputer peribadi (-46.1 peratus) dan produk media cakera (-40.8 peratus).

Penghantaran bukan elektronik pada Julai juga mengecut 18.5 peratus daripada setahun lalu. Ini adalah kejatuhan lebih tinggi berbanding penurunan 15.6 peratus pada Jun.

Menyumbang paling banyak pada penurunan itu adalah emas bukan kewangan (-80.3 peratus), alat mesin khusus (-17.2 peratus) dan petrokimia (-22.8 peratus).

Perangkaan terkini NODX itu dikeluarkan selepas indeks pengurus pembelian perkilangan kekal menguncup pada Julai untuk lima bulan berturut-turut.

EnterpriseSG, dalam semakan prestasi dagangan suku tahunannya, menurunkan unjuran NODX pada penguncupan sebanyak 9 peratus hingga 10 peratus, julat yang lebih kecil daripada ramalan Mei dengan penurunan 8 peratus hingga 10 peratus.

Secara keseluruhan, NODX ke 10 pasaran teratas Singapura merosot pada Julai, diterajui oleh kejatuhan eksport ke Kesatuan Eropah (-38.6 peratus), Taiwan (-36 peratus) dan China (-20.1 peratus). Pada Jun, NODX ke China mencatatkan pertumbuhan sebanyak 3.1 peratus.

Kiriman ke semua pasaran teratas lain juga turun, kecuali NODX ke Amerika Syarikat, yang tumbuh 34.4 peratus pada Julai selepas menandakan penguncupan 1.8 peratus pada Jun.

NODX ke Hong Kong, yang telah meningkat 41.9 peratus pada Jun, turun 2.8 peratus pada Julai.

Sejajar dengan penurunan NODX, dagangan keseluruhan negara ini merosot 20.8 peratus pada Julai, melanjutkan kejatuhan 19.3 peratus pada Jun.

Namun, jumlah dagangan meningkat 1 peratus pada Julai, menyusuli pertumbuhan 3.3 peratus pada Jun.

Nilai jumlah dagangan mencapai $98.5 bilion, lebih daripada $97.5 bilion pada bulan-bulan sebelumnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >