Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Eksport utama S’pura naik 7.1% pada suku kedua

Aug 12, 2025 | 3:43 PM
Tarif Singapura sebanyak 10 peratus kekal sejak April, namun eksport farmaseutikal dan semikonduktor utama masih berisiko dikenakan tarif lebih tinggi.
Tarif Singapura sebanyak 10 peratus kekal sejak April, namun eksport farmaseutikal dan semikonduktor utama masih berisiko dikenakan tarif lebih tinggi. - Foto ST

Eksport utama Singapura terus naik pada suku kedua 2025, disokong tempahan yang dibuat lebih awal sebelum tarif terkini Amerika Syarikat berkuat kuasa.

Eksport Bukan Minyak Dalam Negeri (Nodx) naik 7.1 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2024, selepas mencatat pertumbuhan 3.3 peratus pada suku pertama, lapor The Straits Times (ST).

Namun, pegawai memberi amaran bahawa tarif Amerika terus membawa risiko besar, dengan negara-negara menantikan langkah seterusnya daripada pentadbiran Presiden Amerika, Encik Donald Trump.

“Ketidakpastian ekonomi yang berterusan dalam keadaan tarif boleh mengurangkan permintaan daripada rakan dagang utama.

“Sementara itu, risiko tarif berdasarkan sektor masih kekal,” kata Enterprise Singapore (EnterpriseSG) dalam kenyataan pada 12 Ogos.

Menurut agensi perdagangan itu, kesan pendahuluan, apabila pembeli membuat tempahan awal akibat tarif lebih tinggi, dijangka berkurangan dalam bulan-bulan mendatang kerana tarif timbal balas Amerika sudah berkuat kuasa pada 7 Ogos.

EnterpriseSG masih menjangkakan pertumbuhan eksport utama akan berada di paras rendah antara 1 dengan 3 peratus pada 2025.

Ini berlaku selepas Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) menaikkan ramalan pertumbuhannya untuk 2025 kepada 1.5 hingga 2.5 peratus, berbanding 0 hingga 2 peratus sebelum ini, disebabkan prestasi ekonomi yang lebih baik daripada jangkaan dalam separuh pertama 2025.

Hanya beberapa jam sebelum tarif lebih tinggi dijangka berkuat kuasa, Amerika pada 11 Ogos melanjutkan gencatan tarif dengan China selama 90 hari lagi.

Namun, satu siri tarif timbal balas Amerika telah berkuat kuasa pada 7 Ogos, memberi kesan kepada negara-negara lain di rantau ini.

Tarif Singapura sebanyak 10 peratus kekal tidak berubah sejak April, tetapi eksport farmaseutikal dan semikonduktor utama negara masih berisiko dikenakan tarif sektor yang lebih tinggi.

Pada suku kedua, Singapura mencatat peningkatan terbesar dalam Nodx ke Taiwan, Indonesia dan Korea Selatan.

Jumlah eksport elektronik meningkat 10.5 peratus, manakala eksport produk bukan elektronik pula berkembang 6 peratus pada suku kedua berbanding setahun sebelumnya.

Namun, unjuran sederhana untuk Nodx sepanjang tahun mengambil kira “kesan pendahuluan yang dijangka semakin pudar”, kata Ketua Pakar Ekonomi OCBC, Cik Selena Ling.

“Ancaman tarif semikonduktor sebanyak 100 peratus oleh Amerika mungkin memberi kesan negatif kepada hab pengeluaran cip utama termasuk Taiwan, Korea Selatan dan Singapura,” tambahnya.

Pertumbuhan Nodx turut disokong eksport emas bukan kewangan, yang meningkat 82.5 peratus pada suku kedua.

Eksport komputer peribadi melonjak 78 peratus, manakala eksport litar bersepadu meningkat 13.9 peratus sepanjang tempoh tersebut.

Menurut EnterpriseSG, secara keseluruhan, Nodx meningkat 5.2 peratus pada separuh pertama 2025 berbanding setahun sebelumnya, yang mungkin disokong oleh kesan pendahuluan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg