Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Emirates buka pusat khidmat pelanggan pertama di S’pura

May 7, 2025 | 5:10 PM
Singapura, Singapore, Emirates, retail shop, runcit, airline, syarikat penerbangan
Pusat khidmat pelanggan Emirates seluas 330 persegi terletak di Odeon 333, berdepan dengan Hotel Raffles. Dengan pembukaan pusat khidmat pelanggan itu, pelanggan boleh merasakan pengalaman berada dalam kelas penerbangan seperti Suite Kelas Pertama, serta perkhidmatan seperti pembelian tiket. - Foto ST oleh DESMOND FOO

Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Dubai, Emirates, telah membuka pusat khidmat pelanggan pertamanya, yang dinamakan Emirates World, di Singapura di bangunan Odeon 333, yang menghadap Hotel Raffles, pada 6 Mei.

Pelanggan boleh merasakan pengalaman berada dalam kelas penerbangan seperti Suite Kelas Pertama, serta perkhidmatan seperti pembelian tiket di Emirates World.

Pembukaan pusat khidmat pelanggan itu memperkukuh komitmen Emirates dalam menyediakan pengalaman berharga lagi dinaiktarafkan buat pelanggan di samping produk dan khidmat kelas dunia di salah satu daripada pasaran Asia Tenggara paling dinamis.

Ini diumumkan Emirates dalam satu kenyataannya pada 6 Mei.

Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Komersial Emirates, Encik Adnan Kazim, telah merasmikan pusat khidmat tersebut dengan kehadiran Timbalan Duta, yang juga Ketua Ekonomi, Perdagangan dan Pelaburan, Kedutaan Amiriah Arab Bersatu di Singapura, Encik Ahmed AlKetbi, serta Naib Presiden Eksekutif, Pembangunan Hab Udara & Kargo, Changi Airport Group, Encik Lim Ching Kiat.

Emirates telah menerbangkan lebih 800,000 penumpang antara Singapura dengan Dubai pada 2024, dengan syarikat penerbangan ini menjangkakan jumlahnya akan terus meningkat.

Kata Encik Adnan: “Singapura sentiasa menjadi asas kepada operasi Emirates di Asia Tenggara. Kami berharap dapat menyambut pelanggan ke rumah baru ini dan terus berkembang di Singapura pada tahun-tahun mendatang.”

Beliau menambah banyak syarikat sedang beralih dari interaksi dan hubungan bersama orang ramai, dan ia penting untuk pihaknya menghasilkan hubungan sebegitu bersama pelanggan mereka menerusi Emirates World ini.

Pusat khidmat pelanggan itu adalah sebahagian daripada pelaburan 100 juta dirham ($35 juta) bagi tempoh tiga tahun, yang mana Emirates merancang membangun lebih 40 pusat sedemikian menjelang 2028 di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Eropah dan Asia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg