Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SIA tawar tambang khas penerbangan, bonus jarak perjalanan sempena SG60

Apr 9, 2025 | 3:56 PM
SIA dan Scoot tawar harga khas sempena sambutan SG60.
SIA dan Scoot tawar harga khas sempena sambutan SG60. - Foto ST

Kaki melancong boleh menantikan tawaran harga khas bagi penerbangan tertentu syarikat penerbangan (SIA) dan syarikat kos rendahnya, Scoot, sebagai sebahagian inisiatif SIA Group untuk meraikan ulang tahun Singapura yang ke-60.

Tawaran tambang bagi 77 destinasi boleh didapati 11-24 April untuk tarikh perjalanan antara 12 April dengan 19 November 2025.

Tempahan boleh dibuat menerusi laman web SIA, aplikasinya dan ejen perjalanan yang dilantik, menurut syarikat itu dalam satu kenyataan media pada 8 April.

Mereka yang membuat tempahan sewaktu tempoh ini boleh juga memenangi hadiah seperti sepasang tiket pergi balik kelas bisnes SIA bersama penginapan hotel ke Seoul, Korea Selatan, dan baucar Pelago bernilai $600 menerusi cabutan bertuah.

Secara berasingan, Scoot akan menawarkan tawaran tambang untuk 60 destinasi bagi perjalanan dari 14 April hingga 25 Oktober 2025.

Tawaran ini akan berlangsung dari 8-17 April.

Pelanggan boleh menempah penerbangan ini menerusi laman web, aplikasi Scoot dan ejen perjalanan yang dilantik.

Pengunjung juga boleh menikmati diskaun tambahan dan pengumpulan jarak perjalanan apabila mereka menempah penerbangan SIA antara tengah hari pada 15 Ogos dengan 11.59 pagi pada 17 Ogos bagi perjalanan antara 1 September dengan 30 September 2025.

Anggota KrisFlyer juga akan menerima jarak perjalanan (miles) bonus sebanyak 60 peratus lebih banyak apabila menempah penerbangan Scoot sewaktu tempoh ini.

Baucar bagi kedai makan, rakan runcit dan tarikan tertentu juga akan ditawarkan di aplikasi Kris+ dan Pelago.

KrisShop akan melancarkan Koleksi Warisan – siri edisi terhad menampilkan barangan yang diilhamkan daripada elemen kebudayaan Singapura ikonik seperti taman permainan berbentuk naga dan jubin dinding hiasan dari rumah kedai warisan.

“Sedang kita meraikan perjalanan membangunkan negara Singapura sepanjang 60 tahun, SIA Group sangat berterima kasih atas sokongan tidak berbelah bagi daripada pelanggan kami dan orang awam Singapura,” kata ketua eksekutif Goh Choon Phong.

“Kisah kami terkait dengan pertumbuhan dan kemajuan Singapura sebagai satu negara, dan kempen Rai bersama Singapura merupakan cara kami meluahkan penghargaan, menyumbang kembali kepada masyarakat, dan menyambut SG60 dengan bermakna.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg