FairPrice Group (FPG) akan memberikan baucar pemulangan $4 kepada pelanggan yang membelanjakan $50 dalam satu transaksi dari 3 hingga 9 Oktober.
Dalam satu kenyataan pada 2 Oktober, organisasi itu berkata tawaran itu termasuk FairPrice, FairPrice Finest, FairPrice Xtra dan Unity, kecuali Unity di Lapangan Terbang Changi.
Baucar itu boleh digunakan di semua cawangan FairPrice sepanjang Oktober tetapi ia terhad kepada tiga bagi setiap transaksi, tambah FPG.
Ketua Eksekutif Kumpulan FPG, Encik Vipul Chawla, berkata: “Melalui inisiatif Baucar Pemulangan, kami ingin memberi jaminan kepada rakyat Singapura bahawa kami akan terus menyokong mereka pada masa yang memerlukan, dan berusaha untuk menjadikan kehidupan harian mereka dan akses kepada makanan yang sihat dan berkhasiat lebih baik setiap hari.”
Pada Januari 2024, FPG memberikan baucar pulangan bernilai $8 untuk setiap baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) bernilai $80 yang digunakan dalam satu transaksi di cawangannya.
Sekurang-kurangnya tiga rangkaian pasar raya lain turut menawarkan baucar pemulangan atau tawaran lain, bagi mereka yang menggunakan jumlah minimum baucar CDC untuk setiap transaksi.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg