Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Firma bioteknologi ClavystBio buka ruang kerja baru di Taman Sains Singapura

Oct 05, 2023 | 12:37 PM



Pelabur bioteknologi yang disokong Temasek telah membuka tirai pusat penyelidikan dan kerjasama terbarunya di Singapura pada Rabu.

ClavystBio, yang melabur dalam syarikat pemula bioteknologi, menempatkan empat daripada 11 syarikat portfolionya di ruang kemudahan seluas 13,000 kaki persegi yang dipanggil Node 1 di Taman Sains Singapura di Queenstown.

Firma itu menawarkan syarikat pemula itu yang berpangkalan di Singapura atau di Amerika Syarikat dengan sumber bersama seperti makmal dan pejabat.

Pengerusi ClavystBio dan ketua sains hayat Temasek, Encik Fidah Alsagoff, berkata syarikat itu ditubuhkan pada 2022 untuk membantu mempercepatkan pengkomersialan penemuan sains hayat tempatan ke seluruh dunia.

“Pembukaan Node 1 ClavystBio mengukuhkan misi ini dengan menjalin perkongsian rentas industri. Dengan sokongan rangkaian dan ekosistem Temasek, kami berharap dapat memajukan Singapura sebagai sebuah hab sains hayat global,” kata Encik Fidah.

Salah satu syarikat portfolio ClavystBio, Paratus Sciences, yang baru-baru ini mengumpulkan AS$100 juta ($137 juta) dalam Pendanaan Siri A iaitu tahap pendanaan lanjutan setelah pendanaan modal dasar, berkata bahawa ruang-ruang di Node 1 akan membolehkan ia memberi tumpuan terhadap penyelidikan dan pembangunan.

Ketua penemuan terepeutik di Paratus Sciences, Dr Lewis Hong, berkata: “Kami bukan sahaja mendapat akses kepada rangkaian minda yang bijak tetapi juga menyumbang kepada misi kolektif bagi menterjemahkan penemuan saintifik kepada kesan kesihatan manusia.”

Node 1 juga menempatkan Polaris Partners, salah satu daripada tiga rakan kongsi modal teroka ClavystBio bersama Lightstone Ventures dan Accelerator Life Science Partners.

Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, berkata di acara pembukaan rasmi Node 1 bahawa menghimpunkan inovator, pelabur dan usahawan membolehkan ClavystBio menggabungkan pelbagai kepakaran dan bentuk modal untuk melancar dan mengembangkan syarikat sains hayat yang berpangkalan di Singapura.

“Singapura mengiktiraf bahawa syarikat permulaan sains hayat yang disokong dengan modal teroka global penting dalam inovasi bioperubatan,” kata Encik Heng.

“Landskap syarikat pemula sains hayat kita semakin berkembang dari segi saiz dan tenaga. Hari ini kami menempatkan hampir 500 syarikat pemula bioperubatan yang telah menarik melebihi AS$3 bilion dalam pendanaan teroka dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Syarikat pemula di sini dapat manfaat daripada ekosistem kukuh yang membolehkan mereka menubuhkan rakan kongsi merentasi sektor, membina komuniti yang menyelesaikan masalah dan mengembangkan rangkaian mereka di peringkat serantau dan global,” kata Encik Heng.

Pada 2020, Pemerintah memperkenalkan pelan Penyelidikan, Inovasi dan Keusahawanan 2025 bernilai $25 bilion untuk menyokong pemulihan selepas pandemik Covid-19 Singapura.

Inisiatif ini memberi tumpuan kepada empat kategori: kesihatan, kemampanan, ekonomi digital dan perkilangan, dan sains bioperubatan termasuk dalam kategori kesihatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >