Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hab sains hayat baru di Taman Sains Singapura dijangka siap pada 2025

Jun 27, 2023 | 2:58 PM
LANCAR HAB SAINS HAYAT: Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong (dua dari kiri), di majlis pelancaran hab sains hayat baru di 5 Science Park Drive. Bersama beliau ialah ketua pegawai eksekutif (CEO) CapitaLand Development Encik Jonathan Yap (paling kiri), Pengerusi CLA Real Estate Holdings Encik Wong Kan Seng (dua dari kanan) dan CEO CapitaLand Ascendas Reit Encik William Tay (paling kanan).
LANCAR HAB SAINS HAYAT: Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong (dua dari kiri), di majlis pelancaran hab sains hayat baru di 5 Science Park Drive. Bersama beliau ialah ketua pegawai eksekutif (CEO) CapitaLand Development Encik Jonathan Yap (paling kiri), Pengerusi CLA Real Estate Holdings Encik Wong Kan Seng (dua dari kanan) dan CEO CapitaLand Ascendas Reit Encik William Tay (paling kanan). - Foto ST

Sebuah hab sains hayat dan inovasi bernilai $1.37 bilion di Taman Sains Singapura telah dilancarkan oleh CapitaLand Group pada Isnin.

Dinamakan Geneo, hab tersebut akan meliputi kira-kira 180,600 meter persegi, atau kira-kira saiz 25 padang bola sepak, dan menyediakan pelbagai kemudahan komersial, penyelidikan dan rekreasi.

Pembangunan itu merangkumi lima bangunan yang dibina secara mampan dan cekap tenaga di 1, 5 dan 7 Science Park Drive.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, hadir semasa majlis pelancaran di 5 Science Park Drive, bangunan pertama yang telah siap dibina pada 2019, yang menempatkan ibu pejabat syarikat e-dagang serantau Shopee.

Sementara itu, kerja pembangunan bagi 7 Science Park Drive dijangka siap pada 2024. Ia merupakan sebuah pembangunan bercampur yang menyediakan ruang kerja hampir seluas 29,000 meter persegi dan 250 apartmen penginapan servis Citadines Science Park Singapura seluas 10,000 meter.

Kerja pembangunan bagi 1 Science Park Drive, pembangunan yang terbesar di Genio, pula dijangka siap pada 2025, dan merangkumi tiga bangunan yang menyumbang lebih daripada 60 peratus daripada jumlah keluasan lantai kasar Geneo.

Kedua-dua 5 dan 7 Science Park Drive dimiliki oleh CapitaLand Development, manakala 1 Science Park Drive dimiliki oleh usaha sama antara CapitaLand Development dan CapitaLand Ascendas Reit.

Apabila Geneo beroperasi sepenuhnya, jumlah pekerja di presint itu dijangka mencecah kira-kira 21,000, naik daripada 12,000 pada masa ini.

Antara kemudahan gaya hidup yang akan disediakan di tapak itu termasuk kedai runcit, kedai makanan dan minuman, plaza acara berlandskap, dan pelbagai kemudahan kecergasan seperti dek yoga yang meliputi kawasan kira-kira 3,600 meter persegi.

Selain itu, kira-kira 80,000 meter persegi ruang kerja Geneo akan dibina khas bagi kerja penyelidikan dan pembangunan bioperubatan.

Sebahagian daripada ruang ini akan diperuntukkan untuk ruang makmal kerja bersama pertama CapitaLand, yang akan dilengkapi dengan peralatan dan kemudahan makmal biasa yang boleh dikongsi oleh syarikat pemula sains hayat.

Geneo juga telah mencapai pensijilan Platinum Tanda Hijau Tenaga Amat Rendah oleh Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA), manakala dua hartanah lain mencapai Green Mark Platinum BCA.

Keseluruhan projek itu dijangka menjimatkan kira-kira 13 juta kilowatt-jam tenaga setiap tahun melalui penyejukan daerah dan reka bentuk yang dapat mengurangkan penambahan haba.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg