Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Firma Coliwoo menang tender bina resort di Pasir Ris

Jun 3, 2025 | 5:45 PM
coliwoo, chalet, resort, pasir ris
Gambaran artis tentang chalet resort yang dicadangkan terletak berhampiran Pantai Pasir Ris, Downtown East dan Wild Wild Wet. - Foto COLIWOO

Satu unit Coliwoo, anak syarikat LHN, telah diberikan pajakan sebuah hartanah milik pemerintah di Pasir Ris untuk dibangunkan semula menjadi chalet resort dengan 350 unit.

Coliwoo Keppel antara lima pembida untuk tapak di 159 Jalan Loyang Besar itu dalam tender yang dilancarkan oleh Penguasa Tanah Singapura (SLA). 

Dalam tender tersebut, bidaan harga adalah antara $98,000 dengan $225,900 dan Coliwoo membuat tawaran kedua tertinggi sebanyak $225,000, lapor The Business Times (BT).

“Kami teruja diberikan tender di 159 Jalan Loyang Besar, menandakan pengembangan strategik Coliwoo di kawasan timur Singapura dan penerokaan pertama kami dalam konsep penginapan berkongsi dengan gaya hidup resort, kata pengerusi eksekutif LHN Limited dan pengasas Coliwoo, Encik Kelvin Lim.

Kerja-kerja pengubahsuaian akan bermula pada separuh kedua 2025 dan chalet tersebut dijangka beroperasi pada suku ketiga 2026.

Bersama dengan satu lagi hartanah Coliwoo — di bekas Balai Bomba Bukit Timah — yang akan dilancarkan tidak lama lagi, pembangunan ini menekankan komitmen kumpulan itu untuk menghidupkan semula hartanah milik pemerintah dan menyuntikkan kesegaran di kawasan kejiranan.

“Kami percaya projek ini akan menetapkan penanda aras baru untuk ruang kongsi di Singapura, memenuhi keperluan pelancong dan tetamu moden yang mahukan ruang hidup fleksibel, berasaskan masyarakat dan juga memberi elemen eskapisme,” kata Encik Lim.

Hartanah ini terletak di atas tanah seluas 380,866 kaki persegi.

Kini terdapat 20 bangunan dua tingkat, empat satu tingkat dan beberapa lot kenderaan di tapak tersebut.

Lokasinya terletak berhampiran Pantai Pasir Ris, Downtown East dan Wild Wild Wet.

“Para tetamu boleh menantikan pelbagai kemudahan yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan diri termasuk kolam renang, ruang bersukan serta taman meditasi,” kata Coliwoo.

Hartanah ini akan menjadi yang ketiga terbesar Coliwoo, selepas Coliwoo Boon Lay dan Coliwoo Orchard, yang merupakan cawangan utama mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg