Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Firma fintech S’pura sasar niaga lebih besar dalam khidmat pembayaran yang dikuasai bank

Aug 15, 2023 | 04:27 PM



Firma teknologi kewangan (fintech) Singapura sedang memperluas khidmat dan operasi mereka walaupun berdepan persaingan daripada sektor perbankan dan mengalami penurunan dalam pendanaan akibat cabaran makroekonomi.

Mereka menjangka dapat memanfaatkan permintaan lebih besar bagi perkhidmatan seperti bayaran dan kiriman wang daripada individu dan perniagaan lebih kecil yang mungkin tidak bergantung kepada bank untuk urus niaga sejagat.

Pada Julai, syarikat pemula teknologi fintech, Nium, yang menawarkan khidmat khusus dalam pembayaran rentas sempadan, membuka ibu pejabat sejagat terbarunya di Singapura.

Ia turut mengumumkan sasaran untuk menambah bilangan pekerja tempatan sebanyak tiga kali ganda kepada 300 pekerja, daripada 90 pekerja sekarang.

Awal bulan ini, syarikat fintech, Revolut, menjadi penyedia fintech pertama di Singapura yang memperkenalkan kad pemindahan segera, membolehkan pengguna menghantar wang kepada para penerima di lebih 80 negara dengan menggunakan nama penerima dan nombor 16 angka kad Mastercard atau Visa.

Usaha ke arah pertumbuhan sedang berlaku di tengah-tengah kejatuhan pendanaan fintech di Singapura dengan laporan oleh penyedia perkhidmatan profesional, KPMG, menunjukkan bahawa ia mencapai paras terendah dalam tempoh tiga tahun pada separuh tahun pertama 2023.

Firma fintech di Singapura, terutama yang beroperasi dalam ruang pembayaran dan kiriman wang, berasa optimis tentang potensi mereka walaupun mereka berdepan persaingan daripada institusi perbankan yang mengendalikan kebanyakan urus niaga berskala besar dan rentas sempadan.

Pembayaran adalah istilah umum yang merujuk kepada pemindahan dana bagi pelbagai urus niaga, manakala kiriman wang ialah pemindahan wang rentas sempadan, sama ada antara individu atau perniagaan.

Pengasas bersama dan ketua pegawai operasi Nium, Encik Pratik Gandhi, berkata urus niaga perniagaan-ke-perniagaan sejagat dianggar melebihi AS$60 trilion ($80.9 trilion) – dengan sebahagian besarnya diproses oleh sektor perbankan.

Beliau turut maklum bahawa bank lebih besar seperti HSBC dan JP Morgan menyumbang hampir separuh daripada pasaran pembayaran rentas sempadan sejagat yang dianggar berjumlah antara AS$135 trilion dengan AS$150 trilion.

“Kami anggarkan jumlah yang diproses oleh semua penyedia fintech adalah sekitar AS$200 bilion. Skala ini sangat berbeza berbanding dengan apa yang dikendalikan bank,” jelas Encik Gandhi sambil menambah bahawa urus niaga lebih besar yang melebihi AS$500,000 akan terus mengalir melalui bank buat masa ini.

“Bank tidak begitu berminat untuk menangani aliran bernilai kecil kerana kos dan usaha mereka sama bagi semua saiz urus niaga dan mereka boleh melayani permintaan pelanggan dan aliran lebih besar,” kata Encik Gandhi.

Pasaran kiriman wang di Singapura bernilai AS$7.52 bilion pada 2020 dijangka mencapai AS$12.53 bilion menjelang 2030, yang akan menandakan anggaran kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 4.7 peratus dari 2021 hingga 2030.

Walaupun tidak diketahui sebesar mana pasaran kiriman wang dikuasai oleh sektor perbankan Singapura, pembayaran terus menjadi antara ruang yang paling berdaya tahan dan dibiayai paling tinggi di Singapura, menarik AS$120 juta dalam lapan tawaran pada separuh pertama 2023, menurut KPMG.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) telah melancarkan beberapa daya usaha sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk menyokong pemain fintech.

Pada 2020, ia mengumumkan pakej $125 juta untuk menyokong kedua-dua institusi kewangan dan firma fintech bagi mengukuhkan keupayaan jangka panjang mereka, termasuk latihan tenaga kerja dan meningkatkan akses firma fintech kepada wadah dan alat digital.

MAS mengumumkan pada 7 Ogos tentang pembaharuan Skim Teknologi dan Inovasi Sektor Kewangan yang akan mengagihkan geran sehingga $150 juta untuk sesuatu projek.

Bagi Encik Gandhi, Singapura dianggap sebagai “pasaran yang tiada tandingan” bagi firma fintech sedang bandar ini kekal sebagai hab perbankan.

Beliau berkata: “Singapura menawarkan rangka kerja kawal selia yang jelas, disokong oleh MAS, memastikan pematuhan dan menanamkan kepercayaan kepada pelanggan dan rakan kongsi.

“Industri perkhidmatan kewangan negara yang teguh dan ekosistem teknologi canggih menjadikannya asas yang ideal untuk perkembangan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >