Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Firma induk TikTok benarkan pekerja AS keluarkan saham

Jul 12, 2023 | 02:00 PM



NEW YORK: ByteDance, pemilik China bagi aplikasi video pendek, TikTok, akan membenarkan saham milik para pekerja Amerika Syarikat untuk diberi hak tanpa menunggu syarikat itu menyenaraikannya di pasaran saham.


Ini bagi membolehkan mereka mengeluarkan saham, menurut sumber yang biasa dengan perkara itu.

Langkah tersebut bertujuan menenangkan para pekerja yang kini gelisah setelah menantikan Tawaran Awam Awal (IPO) untuk mendapat keuntungan daripada saham yang telah dianugerahkan sebagai sebahagian daripada pampasan mereka.

Ia juga menandakan bahawa ByteDance, yang nilainya melebihi AS$200 bilion ($268 bilion), telah menjadikannya sebagai syarikat permulaan paling bernilai di dunia, tidak tergesa-gesa untuk mendedahkannya kepada umum di tengah-tengah pemerhatian Beijing terhadap syarikat gergasi teknologi China.

ByteDance kini akan membenarkan saham terhad yang dipegang oleh para pekerja Amerika untuk diberi hak selagi masa mencukupi sudah berlalu, menurut satu sumber.

Syarikat itu sebelum ini menetapkan satu ‘acara kecairan, seperti IPO atau jualan syarikat, sebagai syarat untuk peletakan hak itu berlaku, tambah sumber tersebut.


Sejurus diberi hak, saham boleh ditukar oleh para pekerja kepada wang tunai dalam salah satu program pembelian balik saham ByteDance.

Seorang jurucakap ByteDance mengesahkan bahawa syarikat itu telah mengubah peraturan peletakan hak sahamnya tetapi enggan memberi komen tentang perinciannya.

“Matlamat kami adalah untuk menawarkan ganjaran kompetitif bagi para pekerja kami. Kami mengumumkan penyelesaian dalaman yang akan membuat para pekerja yang berpangkalan di Amerika layak turut serta dalam program pembelian balik saham pada masa depan,” kata jurucakap tersebut.

Langkah ini menjejas para pekerja ByteDance di Amerika termasuk sekitar 7,000 pekerja TikTok.

Para pekerja memiliki 20 peratus ByteDance, sementara 60 peratus dimiliki pelabur sejagat dan 20 peratus milik pengasasnya.

Pekerja Amerika telah menghadapi pemeriksaan politik dan peraturan kerana keprihatinan Amerika bahawa ByteDance mungkin berkongsi data pengguna TikTok bersama pihak berkuasa China.

TikTok, yang digunakan oleh lebih 150 juta warga Amerika, menegaskan bahawa ia “tidak kongsi dan tidak akan kongsi data pengguna Amerika bersama pemerintah China dan telah mengambil langkah-langkah penting untuk melindungi keperibadian dan keselamatan pengguna TikTok”.

Walaupun ia setakat ini telah terlepas daripada larangan persekutuan di Amerika, TikTok mengalami halangan di negeri Montana, yang mencabar.

Rumah Putih telah mengharamkan TikTok pada peranti keluaran kerajaan.

ByteDance memulakan program pembelian balik saham untuk pekerja seluruh dunia pada 2017 dan baru-baru ini melancarkannya pada April, menurut sumber.

Program-program sebelum ini tidak boleh diakses oleh pekerja Amerika yang tidak memiliki saham yang terletak hak sepenuhnya.

Syarikat itu merancang melancarkan satu lagi program pembelian balik saham pada suku keempat 2023. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >