Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Firma pembuat komputer Dell buang pekerja untuk kurangkan kos niaga

Mar 26, 2024 | 02:51 PM



Syarikat pengeluar komputer Dell Technologies mengurangkan tenaga pekerjanya sebagai sebahagian inisiatif lebih luas untuk mengurangkan kos perniagaan, yang termasuk membataskan pengambilan pekerja luar dan menyusun semula pekerjaan.

Demikian menurut syarikat itu dalam satu kenyataan pada 25 Mac.

Pada 2 Februari 2024, ia mempunyai hampir 120,000 pekerja, turun daripada sekitar 126,000 setahun lalu (2023), lapor The Business Times (BT).


Langkah pemberhentian pekerja itu diambil menyusuli permintaan lemah bagi komputer peribadi (PC) syarikat itu selama hampir dua tahun, yang turut menyumbang kepada kemerosotan sebanyak 11 peratus dalam pendapatan suku keempat syarikat itu, yang dicatat pada Februari lalu.

Dell menjangka pendapatan bersih dalam segmen “kumpulan huraian pelanggan” syarikat itu, yang menawarkan PC, akan meningkat sepanjang 2024.

Pendapatan segmen tersebut turun 12 peratus pada suku keempat.

Walaupun Dell memberi amaran mengenai cabaran jangka pendek, syarikat itu menjangka permintaan bagi produk dan khidmatnya akan bertambah baik dengan harga lebih berdaya saing pada Tahun Kewangan 2025.

Bagaimanapun, syarikat itu menjangka kos perbelanjaannya akan meningkat, sambil menambah bahawa pendapatan bersih perniagaan lainnya mungkin terus berkurangan disebabkan perubahan dalam hubungan komersial syarikat itu dengan pembuat sofwe VMware.

Dell membeli semula saham VMware, yang berkaitan dengan kepentingannya, yang membuka laluan untuk Dell sekali lagi menjadi syarikat tersenarai awam pada 2018.

Pembuat cip Broadcom memperoleh VMware pada harga AS$69 bilion ($92.8 bilion) pada 2023.

Pada 2023, Dell memberhentikan seramai 6,650 pekerja sebagai langkah menghadapi kemelesetan yang mungkin dialami dan disebabkan permintaan PC yang berkurangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >