Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Firma pemula S’pura, Carro, yang pertama manfaat Dana Pertumbuhan Asean HSBC bernilai AS$1b

Jun 23, 2024 | 1:42 PM
Pengasas bersama Carro, Encik Kelvin Chng (kiri), bersama ketua perbankan komersial, Asia Selatan dan Tenggara, HSBC, Cik Amanda Murphy, di majlis menandatangani pinjaman pada 20 Jun.
Pengasas bersama Carro, Encik Kelvin Chng (kiri), bersama ketua perbankan komersial, Asia Selatan dan Tenggara, HSBC, Cik Amanda Murphy, di majlis menandatangani pinjaman pada 20 Jun. - Foto fail

Syarikat pemula Singapura, Carro, telah menandatangani pinjaman pelbagai mata wang bernilai $75 juta dengan HSBC, menjadikan syarikat tempatan itu yang pertama memanfaatkan Dana Pertumbuhan Asean HSBC sebanyak AS$1 bilion ($1.35 bilion).

Pinjaman itu akan digunakan untuk membiayai Genie Financial Services, anak syarikat milik penuh Carro yang menyediakan pembiayaan automotif di Singapura, Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Carro melaporkan pendapatannya melonjak lebih 11 kali ganda sebelum cukai, faedah, susut nilai dan pelunasan (Ebitda) mencecah rekod AS$34 juta, berdasarkan tahun kewangan terbarunya yang berakhir 31 Mac 2024, berbanding tempoh yang sama pada 2023.

Pasaran kereta terpakai dalam talian yang berpangkalan di Singapura itu, yang kini beroperasi di tujuh pasaran, sebelum ini mengumpul lebih $700 juta daripada SoftBank Vision Fund dan beberapa dana pemerintah.

“Mendapatkan pembiayaan penting ini daripada HSBC adalah pengesahan besar model perniagaan yang diterajui ekosistem digital kami. Ini membolehkan kami menyediakan perkhidmatan kepada segmen pengguna yang kurang mendapat perkhidmatan dengan lebih baik lagi,” kata Encik Aaron Tan, pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif Carro.

Encik Ernest Chew, ketua pegawai kewangan Carro, menambah:

“Ini mengukuhkan kedudukan kewangan kami dengan ketara dan mempelbagaikan saluran pembiayaan kami terutamanya di Malaysia supaya kami boleh memberi tumpuan bagi mengembangkan perniagaan kami dengan lebih berkesan.”

HSBC mengumumkan pelancaran Dana Pertumbuhan Asean AS$1 bilion pada Mac 2024.

Dana itu bertujuan untuk menyokong syarikat pertumbuhan tinggi dengan menyediakan modal kerja bagi membantu mereka mencapai skala ekonomi dan mengembangkan asas aset mereka.

“Ekonomi digital Asean yang berkembang pesat menawarkan begitu banyak potensi untuk pertumbuhan kerana penduduk tempatan yang bekerja secara digital menggunakan lebih banyak barangan dan perkhidmatan dalam talian,” kata Cik Amanda Murphy, ketua perbankan komersial, Asia Selatan dan Tenggara, HSBC.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg