Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gaji CEO kumpulan OCBC pada 2024 naik 5.8% kepada $12.8j

Mar 26, 2025 | 1:22 PM
Ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan OCBC, Cik Helen Wong, menerima gaji pokok $1.2 juta untuk tahun kewangan 2024. 
Ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan OCBC, Cik Helen Wong, menerima gaji pokok $1.2 juta untuk tahun kewangan 2024.  - Foto OCBC

Ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan OCBC, Cik Helen Wong, menerima jumlah ganjaran sekitar $12.8 juta bagi tahun kewangan 2024 berakhir Disember, meningkat 5.8 peratus daripada $12.1 juta pada tahun sebelumnya.

Ini terdiri daripada gaji pokok $1.2 juta, bonus $6.8 juta, saham tertunda berjumlah $4.5 juta, serta pembayaran dalam bentuk faedah lain bernilai $332,207, menurut laporan tahunan bank itu yang dikeluarkan pada 26 Mac.

Beberapa faedah yang beliau nikmati, yang dibayar oleh bank, termasuk faedah kelab dan kereta, lapor The Business Times.

Sebagai perbandingan, CEO DBS yang akan bersara, Encik Piyush Gupta, ialah ketua eksekutif dengan bayaran tertinggi di antara tiga bank Singapura.

Beliau menerima jumlah ganjaran $17.6 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, iaitu peningkatan 56.5 peratus tahun ke tahun daripada kira-kira $11.2 juta sebelumnya.

Pada tahun kewangan 2022, jumlah ganjaran Encik Gupta ialah $15.4 juta.

Membandingkan jumlah ganjarannya untuk tahun kewangan 2024 dengan 2022, ia mewakili peningkatan sebanyak 14.3 peratus.

Sementara itu, CEO UOB, Encik Wee Ee Cheong, dibayar $15 juta untuk tahun kewangan 2024, turun 5.5 peratus daripada $15.9 juta yang dibayar kepadanya pada tahun sebelumnya.

Pada Februari, OCBC melaporkan keuntungan bersih $1.7 bilion bagi suku keempat berakhir Disember 2024, meningkat 4 peratus daripada $1.6 bilion dalam tempoh yang sama sebelumnya.

Ini membawa keuntungan bersih setahun penuhnya kepada jumlah memecah rekod $7.6 bilion, meningkat 8 peratus daripada tahun sebelumnya (2023).

Bank itu telah mencadangkan dividen akhir yang lebih rendah sedikit sebanyak $0.41 sesaham, daripada $0.42 tahun sebelumnya, dan mengesyorkan dividen khas sebanyak $0.16 sesaham.

Ini menjadikan dividen setahun penuh kepada $1.01 sesaham, meningkat daripada $0.82 sesaham pada tahun sebelumnya, dan mewakili nisbah pembayaran kira-kira 60 peratus daripada keuntungan bersih kumpulan itu.

Saham OCBC ditutup 0.8 peratus atau $0.13 lebih tinggi pada $17.19 pada Selasa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg