Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gaji jurutera perisian di S’pura naik 3.3% pada 2024

Apr 8, 2025 | 4:48 PM
Jurutera perisian merupakan kumpulan terbesar dalam kalangan karyawan teknologi di Singapura, mewakili 31 peratus daripada pekerja teknologi negara itu.
Jurutera perisian merupakan kumpulan terbesar dalam kalangan karyawan teknologi di Singapura, mewakili 31 peratus daripada pekerja teknologi negara itu. - Foto ISTOCKPHOTO

Gaji jurutera perisian di Singapura meningkat sebanyak 3.3 peratus pada 2024, selepas penurunan 1 peratus pada 2023, mengekalkan status mereka sebagai bakat yang sangat diperlukan.

Namun, gaji bagi mereka yang bekerja dalam peranan berkaitan kecerdasan buatan (AI), seperti pembelajaran mesin dan pemprosesan bahasa semula jadi, turun sehingga 2.4 peratus walaupun terdapat peningkatan dalam penggunaan AI.

Laporan NodeFlair Asia Tech Salary 2025 menunjukkan perbezaan ini, yang mencerminkan perubahan ketara di kalangan syarikat, lapor The Straits Times (ST).

Menurut Encik Ethan Ang, pengarah pengasas NodeFlair, banyak syarikat memilih perkhidmatan AI siap pakai yang kos efektif, seperti OpenAI, berbanding membangunkan sistem khusus, kerana ini memerlukan lebih ramai jurutera perisian daripada pakar data sains atau pembelajaran mesin.

Laporan itu juga menunjukkan syarikat multinasional seperti Meta, Amazon, Google dan OKX membayar jurutera perisian antara 35 hingga 52 peratus lebih tinggi berbanding median.

Jurutera perisian adalah kumpulan terbesar dalam kalangan pekerja teknologi Singapura, mewakili 31 peratus daripada 201,100 pekerja teknologi di negara ini pada 2022. 

Mereka juga menerima gaji tertinggi di rantau ini, dengan jurutera utama memperoleh gaji bulanan median sebanyak AS$6,705 ($9,040).

Namun, Singapura ketinggalan berbanding Malaysia dan India dalam jumlah jurutera perisian kanan.

Menurut Encik Rajat Malhotra, Ketua Pegawai Teknologi di GXS Bank, AI mungkin menggantikan pembangun kod biasa, tetapi jurutera yang mencipta penyelesaian tidak dapat digantikan.

“Kami menumpukan kepada memperbaiki proses sebelum menggunakan alat AI,” katanya.

Dalam kajian tahunan NodeFlair, lebih 130,000 data gaji dari enam negara – Singapura, Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam, dan India – telah dikumpulkan.

Kajian mendapati pencari kerja di Singapura cenderung mencari syarikat seperti Shopee, Grab, TikTok, Google, dan JP Morgan Chase. 

Namun, beberapa pekerjaan teknologi mengalami penurunan gaji pada 2024, termasuk saintis data dan penganalisis sistem.

Karyawan dalam bidang keselamatan siber paling teruk terjejas, dengan gaji turun 4.6 peratus akibat pemberhentian dan pembekuan pengambilan pekerja.

Namun, dengan kebangkitan kripto, gaji untuk jurutera Web3 dan blockchain meningkat hingga 41 peratus.

Malaysia pula kini menjadi hab teknologi yang berkembang pesat dengan bakat tempatan yang sangat kompetitif dan kemampuan mereka berbahasa Inggeris yang baik.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg