Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

GIC, BlackRock beli saham Hyundai India dalam IPO rekod $4.3b

Oct 15, 2024 | 2:18 PM
Sambutan terhadap IPO Hyundai India menunjukkan minat berterusan dalam pasaran modal India, dengan 260 syarikat telah mengumpulkan lebih AS$9 bilion setakat ini pada 2024.
Sambutan terhadap IPO Hyundai India menunjukkan minat berterusan dalam pasaran modal India, dengan 260 syarikat telah mengumpulkan lebih AS$9 bilion setakat ini pada 2024. - Foto EPA-EFE

SYDNEY/SEOUL: Hyundai Motor India melancarkan tawaran awam awal (IPO) bernilai AS$3.3 bilion ($4.3 bilion) – terbesar di negara itu – selepas ia menjual saham bernilai AS$989.4 juta kepada pelabur institusi pada 14 Oktober.

Dana kekayaan milik pemerintah Singapura, GIC, dan gergasi pengurusan aset Amerika Syarikat, BlackRock, membeli sebanyak AS$77.3 juta saham itu, manakala firma kewangan besar Amerika, Fidelity, membeli sebanyak AS$76.5 juta.

Peruntukan saham itu bagi dana bersama domestik bernilai AS$340 juta.

Sambutan terhadap IPO itu menunjukkan minat berterusan dalam pasaran modal India, dengan 260 syarikat telah mengumpulkan lebih AS$9 bilion setakat ini pada 2024, menurut data syarikat penyelidik kewangan LSEG.

Jumlah itu telah melepasi AS$7.42 bilion yang dikumpul pada 2023.

Hyundai tidak akan menawarkan saham baru dalam IPO itu, dengan syarikat induknya di Korea Selatan akan menjual hingga 17.5 peratus kepentingannya dalam unit milik penuhnya itu, yang akan bernilai hingga AS$19 bilion.

Dengan itu, Hyundai India akan membentuk sekitar 40 peratus permodalan pasaran syarikat induknya, Hyundai Motor.

Menurut sumber rasmi, 142,194,700 saham ditawarkan pada harga daripada 1,865 rupee hingga 1,960 rupee, dan perjanjian itu adalah kali pertama Hyundai disenaraikan di luar pasaran asalnya, Korea Selatan.

Pelabur runcit dan pelabur lain boleh membuat pesanan saham dari 15 hingga 17 Oktober, selepas pelabur utama, merangkumi institusi besar yang biasanya membeli saham pada jalur harga lebih tinggi, membuat pembelian mereka pada 14 Oktober, tertakluk pada tempoh terkunci di mana mereka tidak boleh jual saham itu dalam tempoh tersebut.

Saham itu akan mula didagangkan di Mumbai pada 22 Oktober.

IPO Hyundai India akan mengatasi rekod perjanjian Life Insurance Corporation of India pada 2022, apabila ia mengumpul AS$2.5 bilion.

Pada peringkat global, Hyundai India akan menjadi IPO kedua terbesar pada 2024 dari segi dana yang diperoleh, selepas IPO AS$5.1 bilion yang diperoleh Lineage pada Julai.

Hyundai India sedang berusaha untuk memanfaatkan kecenderungan pengguna memilih keselamatan dan kenderaan lebih besar, kata penganalisis di IDBI Capital, sambil menambah itu akan membantu syarikat tersebut memperoleh bahagian pasaran yang lebih besar dan berkembang mendahului industri itu. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg