Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Grab, GoTo percepatkan perbincangan untuk gabung

Feb 4, 2025 | 5:02 PM
Kedua-dua syarikat, yang merupakan penyedia perkhidmatan teksi dalam talian terbesar di Asia Tenggara, berusaha mengatasi kerugian berterusan dalam pasaran Internet yang sangat kompetitif di rantau ini, yang mempunyai lebih 650 juta pengguna. 
Kedua-dua syarikat, yang merupakan penyedia perkhidmatan teksi dalam talian terbesar di Asia Tenggara, berusaha mengatasi kerugian berterusan dalam pasaran Internet yang sangat kompetitif di rantau ini, yang mempunyai lebih 650 juta pengguna.  - Foto ZAOBAO

Grab Holdings dari Singapura dan GoTo Group dari Indonesia telah mempercepatkan perbincangan untuk bergabung dan menyasar untuk mencapai persetujuan pada 2025.

Kedua-dua syarikat, yang merupakan penyedia perkhidmatan teksi dalam talian terbesar di Asia Tenggara, berusaha mengatasi kerugian berterusan dalam pasaran Internet yang sangat kompetitif di rantau ini, yang mempunyai lebih 650 juta pengguna. 

Perbincangan semakin intensif dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dengan kedua-dua syarikat melihat 2025 sebagai tahun yang tepat bagi memeterai perjanjian.

GoTo ditubuhkan pada Mei 2021 melalui gabungan antara Gojek dengan platform e-dagang, Tokopedia. 

Grab, yang disokong Uber Technologies, dan GoTo, yang dilabur Softbank Group, kedua-duanya telah menunjuk kemajuan dalam mengaut keuntungan, selepas penyenaraian saham mereka.

Namun, persaingan sengit untuk menarik pengguna membuatkan mereka mengekalkan harga yang rendah, justeru mengurangkan keuntungan.

Sebelum ini, halangan untuk bergabung disebabkan perselisihan antara pihak terlibat, serta dominasi syarikat-syarikat ini di pasaran seperti Indonesia dan Singapura.

Jurucakap GoTo enggan memberi komen, sementara wakil Grab tidak memberi komen segera.

Penganalisis Bloomberg Intelligence, Encik Nathan Naidu berkata: “Perbincangan menggabungkan Grab dan GoTo yang dilaporkan DealStreetAsia mengukuhkan kedudukan pasaran kedua-dua syarikat, tetapi perjanjian ini akan menghadapi kawalan ketat kerana kedua-duanya adalah pemain utama perkhidmatan atas permintaan di banyak pasaran utama Asia Tenggara. 

“Trans-Cab telah memasuki pasaran teksi di Singapura, sementara syarikat asing seperti Bolt, in-Drive dan Lalamove Ride mula mendapat tempat di Indonesia, Malaysia, dan Thailand.”

Saham GoTo naik sehingga 6.2 peratus di Jakarta pada 4 Februari dan mencatatkan kenaikan lebih 20 peratus pada 2025. 

Saham Grab turun sekitar 4 peratus di New York setakat 2025.

Gabungan nilai pasaran kedua-dua syarikat hampir mencapai AS$25 bilion ($34 bilion), setanding dengan beberapa syarikat terbesar di Asia Tenggara. 

Namun, pertumbuhan syarikat ini semakin perlahan berbanding kadar tiga angka pada tahun-tahun sebelumnya, kerana pengguna di rantau ini mengurangkan perbelanjaan akibat inflasi dan kadar faedah yang tinggi. Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg