Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Grab rancang jual bon $1.6b, namun tiada perbincangan beli Gojek

Jun 10, 2025 | 3:14 PM
grab, Asia Tenggara, bon
Grab yang berpangkalan di Singapura, yang aplikasinya terdapat di seluruh Asia Tenggara untuk pengangkutan dan penghantaran makanan - Foto fail

Grab Holdings merancang penjualan bon $1.6 bilion yang boleh ditukar kepada saham, meningkatkan spekulasi ia mungkin akan digunakan bagi mengambil alih syarikat induk Gojek, GoTo Group.

Grab yang berpangkalan di Singapura, akan mengeluarkan bon yang akan matang pada 15 Jun 2030. 

Sekuriti itu akan mengagihkan kupon sebanyak 0.5 peratus setahun, dibayar setiap enam bulan.

Selain digunakan bagi pemerolehan, Grab berkata ia bercadang menggunakannya untuk membeli balik sahamnya.

Syarikat Grab mempunyai AS$274 juta ($352.5 juta) yang kekal di bawah program pembelian balik sahamnya pada akhir Mac.

Bon tersebut boleh ditebus, di bawah syarat tertentu, mulai pertengahan 2028, lapor The Straits Times (ST).

Tawaran Grab merupakan perjanjian bon Asia terbesar dalam dolar Amerika Syarikat sejak perjanjian Ping An bernilai AS$3.5 bilion pada Julai 2024, dan yang terbesar oleh syarikat bukan China sejak penerbitan cip Korea Selatan SK Hynix AS$1.7 bilion pada 2023. 

Ping An turut menerbitkan bon AS$5 bilion di Hong Kong minggu lalu.

Bagi pemerolehan GoTo, Grab pada 9 Jun memberi isyarat bahawa ia telah menghentikan atau sekurang-kurangnya menangguhkan pemerolehan AS$7 bilion yang dirancang. 

Kededua syarikat pengangkutan dan penghantaran makanan itu telah mengadakan rundingan selama bertahun-tahun namun gabungan itu tidak pernah menjadi kenyataan.

Ia sebahagiannya disebabkan oleh kebimbangan antimonopoli yang mungkin timbul daripada penggabungan dua syarikat dominan di Asia Tenggara. 

“Kededua pihak tidak terlibat dalam sebarang perbincangan pada masa ini dan Grab tidak memeterai sebarang perjanjian muktamad.

“Indonesia terus menjadi negara penting dalam melaksanakan misi kami kerana kami terus menyokong pelanggan, pemandu dan rakan kongsi kami di negara itu,” menurut Grab dalam satu kenyataan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg