Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Grab, Sea gesa S’pura mansuh had deposit bank digital

Jul 13, 2023 | 04:50 PM



Bank digital baru Singapura yang disokong Grab Holdings dan Sea telah menggesa bank pusat negara ini agar memansuhkan had deposit yang dianggap akan menyekat pertumbuhan mereka.

Kededua bank hampir mencapai had nilai $50 juta dan telah melobi Penguasa Kewangan Singapura (MAS) supaya menyemak semula pendiriannya, menurut mereka yang rapat dengan hal ini, menurut The Business Times.


Mereka berharap dapat mendengar kemas kini tentang isu itu dalam tempoh terdekat, menurut sumber yang meminta tidak dikenal pasti kerana perbincangan itu sulit.

Walaupun had deposit semasa dua tahun pertama operasi pemberi pinjaman sepatutnya melindungi kepentingan pengguna, pemain baru melihat sekatan dikenakan – yang bermakna permohonan untuk akaun simpanan mereka adalah menerusi undangan sahaja – mengekang keupayaan pinjaman mereka.

Masa juga semakin singkat untuk bank digital ini yang dimiliki firma bukan kewangan untuk meningkatkan skala, memandangkan mereka perlu menunjukkan keuntungan dalam tempoh lima tahun semasa proses permohonan mereka.

Sementara itu, pesaing bank digital, Trust Bank, sedang mengaut keuntungan ekoran pasaran yang rancak di negara lain.

Disokong Standard Chartered, ia tidak menghadapi sekatan deposit yang sama. Katanya pada Mei lalu, baki deposit Trust Bank melebihi $1 bilion, sembilan bulan selepas ia dilancarkan, dan bermatlamat mendapat pulangan modal pada 2025.

Seorang jurucakap GXS Bank Grab berkata ia hampir mencapai nilai had kawal selia dalam “beberapa bulan” selepas melancarkan akaun simpanannya, dan senarai menunggu untuk membuat akaun sedemikian “terus berkembang secara organik setiap hari”.

Bank tersebut yang juga memperkenalkan produk pinjaman pada April, telah memperbaiki prasarananya bagi memastikan ia dapat berkembang dengan cepat dan selamat, kata jurucakapnya. Ia telah melibatkan pengawal selianya mengenai kemajuannya, tambah jurucakap tersebut.

Sea enggan memberi komen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >