Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

HalalTrip lancar alat kesan pengembara di kalangan Muslim

Jul 18, 2023 | 03:14 PM



RAMAI Muslim nampaknya merancang untuk mengembara pada bulan ini, menurut satu indeks baru yang dilancarkan wadah kembara dalam talian, HalalTrip.

Skor Pengesan Hasrat Kembara Muslim Julai 2023 (MTIT) telah mencapai kadar tertinggi sepanjang masa pada 82.7 peratus, menandakan lonjakan ketara di kalangan pelanggannya yang beragama Islam.

Sebanyak 57.7 peratus responden melahirkan hasrat mereka untuk mengembara pada Julai, menyumbang pada hasrat kembara keseluruhan sebanyak 90.2 peratus bagi enam bulan akan datang.

Skor paras tinggi ini menunjukkan keghairahan dan kesediaan pengembara Muslim yang semakin meningkat ingin menerokai dunia.

MTIT adalah ukuran metrik yang bertujuan menganalisa hasrat kembara pengembara Muslim, memberikan pandangan pilihan dan rancangan kembara mereka, menurut kenyataan HalalTrip.

Skor MTIT adalah ukuran kuantitatif bagi hasrat kembara di kalangan pelanggan Muslim, mencerminkan minat dan kesanggupan mereka untuk melakukan kegiatan kembara dalam tempoh enam bulan akan datang. Skor MTIT yang lebih tinggi menandakan keinginan dan kesediaan yang lebih kuat untuk mengembara, sementara skor lebih rendah mencadangan hasrat kembara yang lebih rendah.

Sepanjang tempoh tinjauan itu, skor MTIT telah menunjukkan aliran trend naik yang positif. Pusingan tinjauan bulanan awalnya yang dikendalikan dari Ogos 2021 hingga Januari 2022 mendedahkan kenaikan beransur-ansur bagi hasrat kembara, dengan skor dari 65.7 to 77.7 peratus.

Disember 2021 mencatatkan markah paling tinggi sebanyak 77.7 peratus, mencerminkan keinginan yang semakin meningkat di kalangan responden untuk terlibat dalam kegiatan kembara pada bulan-bulan kemudian.

Tempoh berikutnya dari Februari 2023 hingga Julai 2023 memaparkan skor MTIT yang lebih tinggi, daripada 71.2 hingga 82.7 peratus. Lonjakan bagi hasrat kembara semasa Jun dan Julai, dengan skor 82.7 peratus pada Julai, menunjukkan peningkatan besar terhadap kesediaan untuk mengembara di kalangan pelanggan Muslim.

Kata HalalTrip, hasil pemarkahan ini menggariskan peralihan positif pada sikap kembara selepas pandemik dan menandakan prospek yang berpotensi buat industri kembara, terutama di kalangan pasaran kembara Muslim.

Respons tinjauan MTIT menawarkan pemahaman komprehensif terhadap hasrat kembara pada rangka waktu berbeza. Hasrat untuk kembara bulan ini adalah dari 40.5 hingga 62.2 peratus, di mana Disember menunjukkan peratusan paling tinggi.

Responden menunjukkan minat berterusan untuk merancang kembara pada masa depan, menunjukkan pilihan yang kian berubah di kalangan pengembara Muslim.

Tambahan lagi, tinjauan tersebut menunjukkan pilihan destinasi pengembara Muslim. Arab Saudi tampil sebagai pilihan utama, mencerminkan keinginan kuat untuk menunaikan ibadah haji dan umrah, seperti dilihat pada angkat meningkat pada 2022.

Destinasi lain yang kerap disebut termasuk United Kingdom, Sepanyol, Jepun, Amerika Syarikat, Australia dan Kanada, menandakan minat mendalam untuk menerokai lokasi-lokasi khusus ini.

“Kami ghairah memperkenalkan Pengesan Hasrat Kembara Muslim (MTIT), alat perintis yang menawarkan pandangan berharga terhadap pilihan dan hasrat kembara pengembara Muslim. Skor tinggi MTIT pada Julai mencerminkan keinginan dan kesediaan kuat di kalangan pelanggan Muslim untuk menerokai dunia. HalalTrip komited untuk menawarkan masyarakat kembara Muslim dengan penyelesaian inovasi dan memperkasa pihak berkepentingan industri dengan data yang diperlukan untuk memenuhi keperluan mereka yang semakin berkembang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif HalalTrip, Encik Fazal Bahardeen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >