Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

KAKI JALAN

5 negara selamat untuk wanita kembara solo

Jun 11, 2023 | 05:30 AM



APABILA pelancongan terhenti akibat pandemik, ramai yang resah-gelisah dan tidak sabar menanti masa untuk kembali bercuti dengan rakan-rakan.

Bagaimanapun, kian ramai wanita yang gemar mengembara solo ke merata dunia tanpa rasa bimbang untuk melakukannya biarpun ‘sendirian berhad’.

Satu hasil kajian Norway Cruise Line mendapati bahawa satu dalam tiga pelancong lebih suka perjalanan solo khususnya wanita lebih matang yang mewujudkan trend kembara solo sejak akhir-akhir ini. 

Menurut kajian dalaman Travel Network Virtuoso pula, peningkatan terbesar dalam perjalanan solo pada 2022 adalah dalam kalangan wanita berusia 65 tahun ke atas. Walaupun mereka menyumbang hanya empat peratus pelancong solo pada 2019, mereka membentuk 18 peratus daripada pelancong solo pada 2022.


Di sebalik trend perjalanan solo yang semakin meningkat, kaum wanita masih menghadapi cabaran unik apabila meneroka ke luar negara sendirian. 

Walaupun dunia ini sepatutnya selamat untuk wanita mengembara, realiti ialah wanita masih menghadapi diskriminasi dan kebimbangan keselamatan mereka terancam di setiap bahagian dunia. 

Maka itu, banyak negara telah meletakkan usaha bersepadu ke arah peningkatan keselamatan untuk wanita dan meninjau tanggapan penduduk wanita terhadap keselamatan di negara mereka.     

Bagi mencari tempat-tempat yang mencapai kemajuan terbesar dalam soal keselamatan dan kesaksamaan bagi wanita yang melancong, laman BBC telah meninjau Indeks Keamanan dan Keselamatan wanita (WPS) Universiti Georgetown, laporan Jurang Jantina Global Forum Ekonomi Dunia dan Indeks Keamanan Global Institut Ekonomi dan Keamanan.


Ingin tahu lima negara yang selamat dikunjungi wanita secara solo? Inilah senarai negaranya.


SLOVENIA







Menduduki tempat teratas Indeks Keamanan Dunia bagi Eropah Tengah dan Timur, Slovenia telah mencapai kemajuan besar dalam takrifan keselamatan wanita dalam tahun-tahun kebelakangan ini, dengan 85 peratus daripada wanita berasa selamat.

Bagi beberapa pelancong solo, merayau dan meneroka pada waktu malam satu pengalaman yang mengerikan dan tidak selamat. Namun, di ibu negara Slovenia dan bandar terbesar Ljubljana, keselamatan diutamakan tidak kira waktu.

Bandar itu juga sangat mudah dikemudi dengan pengangkutan awam di seluruh Slovenia boleh dipercayai dan mudah diperolehi. Bagi mereka yang ingin bersama-sama dengan pelancong yang berfikiran seiring sejalan, ada lawatan makanan Ljubljanayum yang boleh disertai.

Boleh beli kacang walnut štruklji serta doh dengan inti yang amat lazat, dari Moji Skoklji. Ia adalah “salah satu pencuci mulut tersedap”, dan cuba gelato terkenal di seluruh dunia di Cacao.  

Pemandangan Slovenia dengan gunung-ganang yang luas terbentang juga boleh dinikmati. Pengembara tidak perlu khuatir ketika menjelajah negara ini kerana ada bandar berdekatan kawasan hutan jika perlukan sebarang bantuan kecemasan.     

Pengunjung harus berhenti di tepi sungai Soca, di sebelah barat negara itu berhampiran dengan sempadan Italy yang merupakan lokasi penggambaran filem Narnia.

RWANDA







Dengan 55 peratus daripada Parlimennya terdiri daripada wakil rakyat wanita, Rwanda berada di kedudukan nombor satu di dunia untuk kesaksamaan jantina di Parlimen. Ia juga berada di kedudukan tertinggi dalam persepsi Indeks Keselamatan Masyarakat, dan berada di kedudukan keenam di dunia dalam indeks jurang jantina global, yang mengukur bagaimana saksama sesebuah negara dari segi ekonomi, pendidikan, penjagaan kesihatan dan penyertaan politik.   

Di Rwanda, terdapat polis, keselamatan dan tentera di hampir semua lokasi dan pada setiap masa.

Bahasa Inggeris dan Perancis merupakan dua bahasa rasmi Rwanda, di samping Kinyarwanda dan Kiswahili. Malah orang yang tidak boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris juga gembira untuk membantu dan menunjukkan arah jika sesat. 

Negara ini mempunyai pelbagai tugu peringatan termasuk tugu pembunuhan besar-besaran Kigali di ibu negara, yang bukan sahaja menunjukkan sejarah pembunuhan beramai-ramai di sini, tetapi juga contoh-contoh lain di seluruh dunia dan bahayanya jika dunia masih menghadapi ancaman ini.   

Walaupun harganya mahal, melawat gorila gunung di negara ini adalah wajib. Selain itu,  Taman Negara Nyungwe di barat daya dan Taman Negara Gunung Berapi di utara juga disyorkan untuk melihat monyet. Anda juga boleh kunjungi Taman Negara Akagera.


AMIRIAH ARAB BERSATU (UAE)







Dengan skor tertinggi di Timur Tengah dan Afrika Utara dari segi persekolahan wanita dan aspek kewangan, UAE terus menjadi pemimpin dalam kesaksamaan jantina di rantau ini. Ia juga berada di kedudukan tertinggi daripada semua negara dalam indeks keselamatan masyarakat, dengan 98.5 peratus wanita berusia 15 tahun dan lebih tua melaporkan bahawa mereka “berasa selamat berjalan seorang diri pada waktu malam di bandar atau kawasan di mana mereka tinggal”.   

Dubai, khususnya, telah disenaraikan sebagai bandar raya paling selamat bagi pengembara wanita solo berdasarkan Indeks oleh syarikat insurans pelancongan, Insure My Trip.


Pengembara solo disyorkan menempah lawatan safari padang pasir kerana ia satu cara bertemu dengan pelbagai orang yang menarik. Tetapi jika anda berasa ingin mencabar diri dan lebih  berani, anda boleh mencuba untuk sesi terjun udara di Palm DropZone.

JEPUN







Sebagai salah sebuah negara terselamat dalam senarai Indeks Keamanan Global kerana kadar jenayahnya yang rendah serta konflik dalaman dan luaran, Jepun mempunyai budaya menaiki kereta api untuk wanita sahaja yang ditentukan pada waktu tertentu dan jalanan tertentu. Ada juga khidmat penginapan hotel untuk wanita sahaja.

Makan seorang diri dan kegiatan solo boleh dilihat di mana-mana kerana sebilangan wanita Jepun sendiri menghargai tempoh sebelum berumah tangga atau lebih senang untuk tidak berpasangan.

Cik Lulu Assagaf yang berhijrah dari Indonesia ke Jepun 20 tahun lalu rasa selamat di negara matahari terbit ini.

“Orang Jepun buat anda rasa selesa dan suka membantu orang yang tidak dikenali. Kunjungi ke Kyoto, Tokyo dan Osaka di mana terdapat banyak tempat hiburan yang selamat untuk dikunjungi,” jelas Cik Lulu, seorang ejen pelancongan.

Kawasan pantai Kanazawa yang menjadi kediaman samurai juga seronok dikunjungi sementara anda juga boleh menikmati seni bina tradisional ataupun artifak budaya pop Jepun dari zaman Maharaja Hirohito (1926-1989) di Muzium Takayama Showa-kan.

NORWAY







Negara ini memperkasa wanita tanpa sebarang diskriminasi serta melibatkan mereka dalam perancangan kewangan. Ia adalah antara 10 negara yang ditinjau paling gembira penduduknya.

“Anda boleh duduk di kafe dan meminta pengunjung di sebelah jagakan barangan anda sementara anda ke tandas,” jelas pengasas agensi pelancongan Up Norway Torunn, Encik Tronsvang.

Beliau bangga ramai wanita mengendalikan perniagaan makanan di negara ini meskipun tinggal di kawasan desa yang terpencil dan perlu berulang-alik dari tempat tinggal mereka ke kafe yang diusahakan.

Beliau menggalakkan pengembara solo kunjungi kawasan dengan rumah air batu atau iglu dan tinggal di situ. Kebanyakan khidmat menetap di iglu ini dikendalikan beberapa usahawan yang mengusahakan bisnes keluarga.

Ada banyak juga aktiviti luar yang boleh dilakukan di Norway secara selamat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >