Harga emas naik lebih AS$4,800 buat kali pertama susulan krisis Greenland

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Harga emas naik lebih AS$4,800 buat kali pertama susulan krisis Greenland

Jan 21, 2026 | 3:25 PM

Harga emas naik lebih AS$4,800 buat kali pertama susulan krisis Greenland

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Harga emas semasa melepasi paras AS$4,800 ($6,163) setiap auns buat kali pertama pada 21 Januari.
Harga emas semasa melepasi paras AS$4,800 ($6,163) setiap auns buat kali pertama pada 21 Januari. - Foto PIXABAY

Harga emas naik ke paras tertinggi, manakala harga perak hampir mencapai rekod tertinggi,  susulan krisis Greenland yang semakin meruncing dan kemerosotan hutang kerajaan Jepun mendorong pelabur beralih kepada aset selamat.

Harga emas semasa melepasi paras AS$4,800 ($6,163) setiap auns buat kali pertama pada 21 Januari.

Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, yang berada di Switzerland bagi Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Davos, tidak menunjukkan sebarang tanda akan berundur daripada hasratnya untuk mengambil alih Greenland.

Perdana Menteri Greenland, Encik Jens-Frederik Nielsen, memberitahu orang ramai supaya bersedia menghadapi kemungkinan pencerobohan tentera, walaupun beliau berkata senario itu kemungkinan tidak akan berlaku.

Amerika mengancam untuk mengenakan tarif ke atas lapan negara Eropah – termasuk Jerman, Perancis dan Britain – yang menentang rancangan Encik Trump untuk mengambil alih Greenland.

Langkah itu meningkatkan kebimbangan mengenai perang perdagangan yang merugikan.

Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, mengkritik dasar perdagangan Encik Trump dengan berkata Eropah perlu memperkukuh kedaulatan mereka untuk mengelak daripada “terikat dalam politik berdarah”.

Manakala Perdana Menteri Canada, Encik Mark Carney, menyifatkan sistem antarabangsa berasaskan peraturan kini hampir mati.

Pertelingkahan di Davos itu menekankan bagaimana hubungan antara sekutu tradisional, Amerika dan Eropah, boleh berubah renggang dengan pantas.

Ia sekali gus menggugat pasaran kewangan, menurunkan nilai dolar dan meningkatkan permintaan terhadap aset selamat seperti logam berharga.

Kegawatan dalam pasaran hutang kerajaan Jepun turut menimbulkan kebimbangan tentang keadaan kewangan ekonomi utama lain.

Ini mendorong pelabur menjauhkan diri daripada mata wang dan bon kerajaan – satu fenomena yang dikenali sebagai perdagangan susut nilai atau ‘debasement trade’.

Situasi di Jepun menimbulkan “ketakutan penyusutan nilai aset yang dipacu pasaran di seluruh dunia”, kata pakar strategi komoditi kanan di TD Securities, Encik Daniel Ghali, dalam satu kenyataan. 

“Kenaikan harga emas berkait dengan keyakinan. Buat masa ini, keyakinan telah terjejas, tetapi belum hancur. Jika ia hancur, momentum ini akan berterusan lebih lama.” – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg