Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Harga flat jualan semula HDB untuk 2024 naik 9.6%

Naik 2.5% pada suku keempat; didorong oleh permintaan luas yang kukuh
Jan 2, 2025 | 6:06 PM
Menurut anggaran kilat Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada 2 Januari, harga hartanah kediaman privet di Singapura meningkat 2.3 peratus pada suku keempat 2024, menjadikan kenaikan setahun penuh (2024) kepada 3.9 peratus,
Menurut anggaran kilat Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada 2 Januari, harga hartanah kediaman privet di Singapura meningkat 2.3 peratus pada suku keempat 2024, menjadikan kenaikan setahun penuh (2024) kepada 3.9 peratus, - Foto ST

Kadar tahunan harga flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) untuk 2024 meningkat sebanyak 9.6 peratus, menurut anggaran kilat HDB pada 2 Januari.

Dalam pada itu, harga flat jualan semula HDB pada suku terakhir 2024 terus meningkat, walaupun pada kadar lebih perlahan sebanyak 2.5 peratus berbanding 2.7 peratus yang dicatatkan pada suku ketiga.

“Harga jualan semula pada suku keempat 2024 terus didorong oleh permintaan luas yang kukuh, serta sedikit kekurangan bekalan dalam pasaran,” kata HDB dalam laporan The Business Times.

HDB menambah bahawa ia turut mencerminkan keadaan pasaran selepas had pinjaman kepada nilai hartanah (LTV) untuk pinjaman perumahan HDB diturunkan kepada 75 peratus daripada 80 peratus.

Ini dilakukan pada 20 Ogos untuk menyejukkan pasaran dan menggalakkan pembeli rumah supaya lebih berhati-hati.

Peningkatan suku keempat sebanyak 2.5 peratus mewakili kadar pertumbuhan paling perlahan sejak suku kedua 2024, apabila harga meningkat 2.3 peratus, kata ketua penyelidik dan pakar strategi OrangeTee Group, Cik Christine Sun.

Memetik data kaveat HDB, beliau berkata pertumbuhan harga telah menjadi perlahan bagi beberapa jenis flat.

Harga median flat empat bilik, misalnya, meningkat 2.5 peratus pada suku keempat – lebih perlahan daripada pertumbuhan 3.4 peratus pada suku ketiga.

Bilangan lebih kecil urus niaga flat lebih sejuta dolar mungkin menyumbang kepada kenaikan harga yang lebih kecil pada suku keempat, kata pengarah kanan analisis data Huttons Asia, Encik Lee Sze Teck.

Kira-kira 270 flat jualan semula dijual pada harga $1 juta dan ke atas pada suku kedua – turun 18.4 peratus daripada suku sebelumnya.

Jumlah urus niaga flat jualan semula berjumlah 6,314 unit pada 30 Disember – turun 3.6 peratus daripada tempoh yang sama pada 2023.

Sementara itu, harga hartanah kediaman privet di Singapura meningkat 2.3 peratus pada suku keempat 2024, menjadikan kenaikan setahun penuh (2024) kepada 3.9 peratus, berdasarkan anggaran kilat yang dikeluarkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada 2 Januari.

Harga hartanah privet tidak berhalaman melonjak merentasi semua kawasan pada suku tersebut, apabila pelancaran baru menyaksikan pembelian yang kukuh, manakala projek yang sudah ada di pasaran turut mendapat manfaat daripada pemulihan permintaan.

Pada keseluruhannya, harga hartanah tidak berhalaman naik 3.2 peratus pada suku keempat, lebih cepat daripada 0.1 peratus pada suku ketiga.

Harga rumah berhalaman pula susut lagi sebanyak 0.9 peratus pada suku keempat, selepas penurunan 3.4 peratus pada suku ketiga.

Pertumbuhan 3.9 peratus bagi 2024 adalah kadar pertumbuhan yang lebih perlahan berbanding peningkatan 6.8 peratus pada 2023 dan 8.6 peratus pada 2022.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg