Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Harga rumah privet di S’pura hanya naik 3.4 peratus pada 2025, paling perlahan sejak 2020

Jan 2, 2026 | 3:05 PM
Harga rumah berhalaman meningkat 3.5 peratus pada suku keempat, selepas naik 1.4 peratus pada suku sebelumnya.
Harga rumah berhalaman meningkat 3.5 peratus pada suku keempat, selepas naik 1.4 peratus pada suku sebelumnya. - Foto BT

Harga hartanah rumah privet di Singapura hanya meningkat sebanyak 0.7 peratus pada suku keempat 2025, menjadikan kenaikan sepanjang tahun 2025 kepada 3.4 peratus. Anggaran Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada 2 Januari menunjukkan ini adalah kadar kenaikan paling perlahan sejak 2020.

Peratusan ini lebih rendah berbanding 3.9 peratus pada 2024, dan jauh lebih rendah daripada 6.8 peratus pada 2023.

Secara menyeluruh, harga rumah bukan berhalaman menyusut tipis 0.1 peratus pada suku keempat, berbanding kenaikan 0.8 peratus pada suku ketiga, lapor The Business Times (BT).

Dalam segmen bukan berhalaman, harga di Kawasan Tengah Utama (CCR) menjunam 3.2 peratus, berbanding kenaikan 1.7 peratus pada suku ketiga 2025.

Sebaliknya, harga di Baki Kawasan Tengah (RCR) meningkat 0.7 peratus, mengatasi pertumbuhan 0.3 peratus pada suku ketiga.

Harga di Luar Kawasan Tengah (OCR) juga meningkat, mencatat 1 peratus, sedikit lebih tinggi daripada 0.8 peratus pada suku sebelumnya.

Sementara itu, harga rumah berhalaman melonjak 3.5 peratus pada suku keempat, selepas hanya meningkat 1.4 peratus pada suku sebelumnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg