Harga rumah privet naik 3.3% bagi 2025, jualan rumah baru tertinggi dalam 4 tahun

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Harga rumah privet naik 3.3% bagi 2025, jualan rumah baru tertinggi dalam 4 tahun

Ini berlaku apabila pasaran membuat penyesuaian dengan kadar faedah yang lebih rendah di samping peningkatan bekalan rumah baru
Jan 23, 2026 | 7:33 PM

Harga rumah privet naik 3.3% bagi 2025, jualan rumah baru tertinggi dalam 4 tahun

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Harga rumah privet naik, jualan baru tertinggi dalam 4 tahun
Indeks harga kediaman privet secara keseluruhan meningkat pada kadar yang lebih perlahan sebanyak 0.6 peratus dalam tempoh tiga bulan terakhir 2025. - Foto BT

Pertumbuhan harga hartanah kediaman privet merosot pada 2025, walaupun jualan rumah privet baru mencapai paras tertinggi dalam empat tahun.

Untuk sepanjang tahun itu, kenaikan harga rumah privet menyusut kepada 3.3 peratus pada 2025, berbanding 3.9 peratus pada 2024, menandakan kadar pertumbuhan tahunan paling perlahan sejak 2020.

Ini berlaku apabila pasaran membuat penyesuaian dengan kadar faedah yang lebih rendah di samping peningkatan bekalan rumah baru.

Menariknya, harga rumah berhalaman mendahului dengan pertumbuhan 3.4 peratus pada suku keempat 2025, manakala harga rumah bukan berhalaman merosot sebanyak 0.2 peratus.

Sepanjang 2025, harga rumah berhalaman meningkat 7.6 peratus, manakala rumah bukan berhalaman meningkat 2.3 peratus.

Dalam segmen bukan berhalaman, harga di daerah utama jatuh 3.5 peratus pada suku keempat, berbanding peningkatan 1.7 peratus pada suku ketiga. Di kawasan pinggir bandar, harga meningkat 0.7 peratus, dan kawasan jauh dari bandar melihat kenaikan 1 peratus.

Dalam pasaran sewa, URA berkata indeks sewa kediaman privet pada keseluruhan jatuh 0.5 peratus pada suku keempat 2025, menandakan kejatuhan suku tahunan pertama sejak suku kedua 2024.

Namun, untuk setahun penuh, sewa naik 1.9 peratus, membalikkan penurunan 1.9 peratus pada 2024.

Kegiatan jualan menguncup pada suku keempat tetapi lebih tinggi untuk tahun tersebut.

Pemaju menjual 2,940 unit kediaman privet, tidak termasuk kondominium eksekutif (EC), dari Oktober hingga Disember 2025.

Jumlah tersebut turun daripada 3,288 unit dari Julai hingga September.

Bagi keseluruhan 2025, pemaju menjual 10,815 unit, tahap tertinggi sejak 2021 – naik daripada 6,467 unit pada 2024.

Pemaju juga melancarkan 2,632 unit kediaman privet yang belum siap pada suku keempat, berbanding 4,191 unit pada suku ketiga.

Bagi keseluruhan 2025, pelancaran meningkat kepada 11,482 unit, naik daripada 6,647 unit pada 2024.

Transaksi jualan semula berkurangan pada suku keempat 2025 kepada 3,529 unit, daripada 3,881 unit pada suku ketiga, menyumbang 52.7 peratus daripada semua jualan.

Dalam tempoh yang sama, jualan kecil menurun sedikit kepada 230 unit (daripada 235 unit), membentuk 3.4 peratus daripada jumlah transaksi

Jualan kecil berlaku apabila unit kondominium yang dibeli terus daripada pemaju dijual kepada pembeli lain sebelum projek itu siap.

Bagi sepanjang 2025, terdapat 14,622 transaksi jualan semula dan 1,055 transaksi jualan kecil. Angka ini hampir dengan 14,053 transaksi jualan semula dan 1,428 transaksi jualan kecil pada 2024.

Sebanyak 2,018 rumah privet, termasuk kondominium eksekutif, telah siap dalam tempoh tiga bulan terakhir 2025, menjadikan jumlah yang siap pada 2025 kepada 7,996 unit.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg