Projek EC Coastal Cabana sebelah Downtown East jual 498 unit pada minggu pelancaran

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Projek EC Coastal Cabana sebelah Downtown East jual 498 unit pada minggu pelancaran

Jan 19, 2026 | 3:01 PM

Projek EC Coastal Cabana sebelah Downtown East jual 498 unit pada minggu pelancaran

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
projek kondominium eksekutif EC, Coastal Cabana, sebelah Downtown East, pelancaran
Terletak bersebelahan pusat hiburan dan rekreasi Downtown East di Pasir Ris, kondominium eksekutif (EC) tepi laut itu dibangunkan bersama oleh Qingjian Realty, Forsea Holdings, ZACD Group dan Jianan Capital. - Foto QINGJIAN REALTY

Kondominium eksekutif (EC) Coastal Cabana telah menjual 498 unit, atau lebih 66 peratus daripada 748 unit keseluruhan, pada harga purata $1,734 setiap kaki persegi (psf) pada hujung minggu pelancarannya, 17 hingga 18 Januari.

Harga itu berada dalam julat $1,700 hingga $1,800 psf yang dijangka oleh pemerhati pasaran sebelum ini.

Terletak bersebelahan Downtown East, pusat hiburan dan rekreasi di Pasir Ris, EC tepi laut itu dibangunkan secara bersama oleh Qingjian Realty, Forsea Holdings, ZACD Group dan Jianan Capital.

Ini merupakan pelancaran EC pertama pada 2026, dan juga pelancaran pertama untuk projek EC di Pasir Ris dalam lebih 12 tahun sejak projek Sea Horizon pada 2013, lapor The Business Times (BT).

“Minat terhadap semua jenis unit sangat tinggi, menunjukkan pemilihan jenis unit yang teliti dan direka untuk memenuhi keperluan pelbagai isi rumah,” kata Pengarah Urusan Qingjian Realty, Encik Du Dexiang.

Pengarah Forsea Holdings, Encik Wang Xin, menambah bahawa “prestasi jualan yang kukuh” menonjolkan daya tarikan pembangunan itu, dengan “pemandangan laut menjadi ciri yang amat dihargai dalam pasaran EC.”

EC ialah gabungan perumahan awam dan privet, yang mana pembeli awal perlu memenuhi syarat tertentu dan jualan semula hanya dibenarkan selepas 10 tahun sesuatu projek itu projek siap.

Coastal Cabana terdiri daripada 16 blok kediaman setinggi 11 dan 12 tingkat, dengan unit tiga hingga lima bilik tidur berkeluasan 872 hingga 1,421 kaki persegi.

Projek itu dijangka siap dan diserahkan sepenuhnya pada 31 Mac 2029.

Tapak projek dengan pegangan pajak 99 tahun itu dijual pada harga $557 juta, bersamaan $729 psf mengikut nisbah plot, melalui satu tender pemerintah yang ditutup pada Ogos 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif PropNex, Encik Kelvin Fong, menyatakan bahawa “stok terhad” EC baru yang belum terjual di pasaran mungkin membantu menyokong jualan Coastal Cabana. 

Berdasarkan data jualan bulanan pemaju, hanya terdapat 17 unit EC yang belum terjual pada akhir Disember 2025.

Ketua penyelidikan dan analisis data SRI, Encik Mohan Sandrasegeran, berkata peningkatan jualan EC pada 2025 berlaku selari dengan peningkatan terancang dalam Penjualan Tanah Pemerintah (GLS).

“Peningkatan GLS memberi pemaju pandangan jelas untuk projek EC akan datang dan membantu pembeli membuat pilihan. Bekalan yang lebih banyak ini menstabilkan pasaran dan menggalakkan strategi harga yang lebih terkawal,” ujarnya.

Empat hingga lima projek EC dijangka dilancarkan pada 2026.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg