Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Harga rumah swasta turun 0.2% pada suku kedua: URA

Jul 28, 2023 | 03:28 PM



HARGA rumah swasta di Singapura susut 0.2 peratus pada suku kedua (Q2) 2023 berbanding suku sebelumnya, menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Jumaat.

Ini penurunan lebih kecil daripada kemerosotan 0.4 peratus yang diramalkan berdasarkan anggaran kilat indeks harga rumah swasta secara keseluruhan yang dikeluarkan pada 3 Julai lalu.

Pada suku pertama (Q1) 2023, indeks itu naik 3.3 peratus. Dari tahun ke tahun, indeks itu meningkat 7.5 peratus.

Harga rumah berhalaman meningkat 1.1 peratus pada Q2 berbanding Q1, naik lebih sederhana daripada kenaikan 5.9 peratus pada suku sebelumnya.

Harga rumah tidak berhalaman pula jatuh sebanyak 0.6 peratus pada Q2, setelah meningkat 2.6 peratus pada suku sebelumnya.

Memberi pecahan bagi harga rumah tidak berhalaman mengikut kawasan, URA menyatakan harga di kawasan utama atau kawasan bandar utama (CCR) merosot sebanyak 0.1 peratus pada Q2, berbanding kenaikan 0.8 peratus pada suku sebelumnya.

Di pinggir kawasan bandar (RCR), harga susut 2.5 peratus pada Q2 selepas meningkat 4.4 peratus pada suku sebelumnya. Di kawasan luar bandar (OCR) pula harga meningkat 1.2 peratus pada Q2, selepas meningkat 1.9 peratus pada suku sebelumnya.

Data URA juga menunjukkan kadar sewa keseluruhan hartanah kediaman swasta meningkat 2.8 peratus pada Q2, peningkatan lebih kecil daripada kenaikan 7.2 peratus pada suku sebelumnya.

Bagi segmen rumah berhalaman, kadar sewa naik 6.7 peratus pada Q2, lebih sederhana berbanding kenaikan 14.5 peratus pada Q1, menurut URA.

Kenaikan kadar sewa bagi hartanah tidak berhalaman seperti kondominium dan apartmen pula naik lebih kecil sebanyak 2.3 peratus, daripada kenaikan 6.2 peratus sebelumnya.

URA menambah bahawa momentum kenaikan sewa bagi kediaman swasta tidak berhalaman telah berkurangan di semua kawasan.

Di CCR, sewa meningkat 2 peratus pada Q2, berbanding kenaikan 6.4 peratus pada suku sebelumnya.

Begitu juga, sewa di RCR meningkat 2 peratus selepas naik 6.2 peratus pada suku sebelumnya. Di OCR, sewa meningkat 2.9 peratus berbanding kenaikan 6.1 peratus sebelumnya.

Selain itu, pihak pemaju hartanah juga agak sibuk pada Q2 – melancarkan 2,374 unit kediaman yang belum siap (tidak termasuk kondominium eksekutif atau EC) untuk dijual, lebih daripada 1,312 unit yang dilancarkan pada suku sebelumnya.

Pihak pemaju menjual 2,127 kediaman swasta (tidak termasuk unit EC) pada Q2, meningkat daripada 1,256 unit pada Q1. EC adalah hibrid perumahan awam-swasta.

Pihak pemaju tidak melancarkan sebarang unit EC buat jualan pada Q2, tetapi menjual 57 unit EC semasa tempoh itu. Tiada unit EC juga dilancarkan pada suku sebelumnya, tetapi sebanyak 206 unit EC dijual semasa tempoh tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >