Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hubungan ekon S’pura-Kenya diperkukuh

Aug 20, 2023 | 11:00 AM
BANDAR KENYA: Pemandangan di sekitar bandar Nairobi di Kenya. Kini keyakinan pelabur tempatan untuk melabur dalam negara itu, dipertingkatkan dengan pelaksanaan perjanjian pelaburan dua hala.
BANDAR KENYA: Pemandangan di sekitar bandar Nairobi di Kenya. Kini keyakinan pelabur tempatan untuk melabur dalam negara itu, dipertingkatkan dengan pelaksanaan perjanjian pelaburan dua hala. - Foto SPH

Hubungan ekonomi Singapura dengan Kenya diperkukuhkan lagi dengan Perjanjian Pelaburan Dua Hala (BIT) mula berkuat kuasa pada Ahad (20 Ogos). 

Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), perjanjian itu akan menggalak aliran pelaburan lebih tinggi antara kededua negara dengan melindungi kepentingan pelabur dari Singapura dan negara Afrika Timur itu. 

Ia juga memberikan keyakinan lebih tinggi kepada pelabur yang mahu meneroka peluang pelaburan di kededua negara. 

BIT telah dimetrai pada 2018, oleh Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan pada masa itu, Dr Koh Poh Koon serta Setiausaha Kabinet Perbendaharaan Negara dan Perancangan Ekonomi pada masa itu, Encik Henry Rotich, dan disaksikan oleh mantan Timbalan Perdana Menteri, Encik Tharman Shanmugaratnam.

Menjelaskan lebih lanjut, Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong berkata dalam satu kenyataan bahawa pelaksanaan perjanjian tersebut adalah langkah penting yang akan mendorong lagi aliran perdagangan dan pelaburan antara kededua negara. 

“Ia akan memberi perlindungan lebih tinggi untuk pelabur Singapura yang mahu meneroka pasaran Kenya dan sebaliknya, melindungi pelaburan serta merangsang keyakinan pelabur,” ujar beliau. 

Kenya merupakan ekonomi terbesar dalam masyarakat Afrika Timur dengan hasil dalam negeri kasar bernilai  AS$113.42 bilion ($154.10 bilion) pada 2022. 

Ia adalah antara pelabuhan maritim terbesar di rantau Afrika sub-Sahara dan menjadi pintu masuk penting ke negara-negara jiran yang mempunyai tanah terbatas. 

Menurut MTI, Kenya adalah rakan dagangan kesembilan terbesar di rantau itu pada 2022, dengan nilai dagangan dua hala dalam barangan mencapai $212.2 juta. 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg