Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

IEA bakal buka Pusat Kerjasama Serantau di S’pura tingkat keselamatan tenaga

Feb 13, 2024 | 07:35 PM



Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) akan membuka sebuah Pusat Kerjasama Serantau baru di Singapura untuk bekerjasama dengan negara-negara di Asia Tenggara dan luar bagi meningkatkan keselamatan tenaga dan mempercepatkan peralihan tenaga bersih.

Dijadualkan dibuka pada separuh kedua 2024, pusat tersebut akan menjadi pusat pertama IEA yang dibuka di luar ibu pejabatnya di Paris, Perancis.

Berucap semasa majlis sambutan ulang tahun ke-50 IEA di Paris pada 13 Februari, Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, berkata pembukaan pusat IEA di Singapura akan mengukuhkan kerjasama di antara Singapura dan IEA.

“Pusat itu akan menjadi pertubuhan antarabangsa pertama yang memberi tumpuan kepada tenaga di Singapura dan akan menjadi aset strategik untuk IEA di Asia Pasifik.

“Ia akan mempertingkatkan usaha penyahkarbonan rantau ini, sambil terus memberikan nasihat tentang keselamatan dan daya tahan tenaga,” kata Dr Tan.

IEA telah ditubuhkan pada 1974 untuk menyelaraskan langkah-langkah tindak balas terhadap kecemasan bekalan minyak. Sejak itu, aktivitinya telah berkembang dengan ketara merangkumi analisis, data, cadangan dasar dan penyelesaian untuk membantu negara mencapai tenaga yang selamat dan mampan.

Sejak Singapura menyertai IEA sebagai sebuah negara persatuan pada 2016, kedua-dua pihak telah mengukuhkan kerjasama untuk menyediakan pembinaan kapasiti dan memudahkan pertukaran dasar di Asia Tenggara, termasuk melalui Hab Latihan Serantau Singapura-IEA dan Forum Singapura-IEA.

Pusat baru itu akan berfungsi sebagai hab untuk aktiviti dan penglibatan IEA di rantau ini dan seterusnya, menyediakan panduan dasar, bantuan teknikal dan latihan serta pembinaan kapasiti.

Ia juga akan memberi tumpuan kepada meningkatkan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui dan teknologi tenaga bersih yang lain.

Pengarah Eksekutif IEA, Dr Fatih Birol, berkata beliau berbesar hati mengumumkan penubuhan pejabat pertama IEA di luar ibu pejabatnya di Paris.

“Pejabat baru ini akan membolehkan kami meningkatkan dengan ketara penglibatan IEA dengan Asia Tenggara dan seterusnya, yang merupakan salah satu rantau yang paling dinamik dan paling pesat berkembang di dunia dan akan menjadi kritikal kepada peralihan tenaga.

“Melalui pusat ini, kami bersedia untuk membantu semua negara di rantau ini di samping mereka menyediakan tenaga yang berpatutan, boleh dipercayai dan moden untuk semua rakyat mereka,” kata Dr Birol.

Rakan Kongsi dan Ketua Infrastruktur KPMG Asia Pasifik, Encik Sharad Somani, berkata ini adalah masa yang sesuai untuk IEA menubuhkan pusat di rantau ini.

“Untuk memenuhi sasaran utama COP28 yang terbaik iaitu tiga kali ganda tenaga boleh diperbaharui, menggandakan kecekapan tenaga dan beralih daripada bahan api fosil, IEA boleh bekerjasama dengan ekosistem di sini untuk secara kolektif mengembangkan penyelesaian penyahkarbonan yang inovatif.

“Keperluannya adalah untuk menyediakan pembangunan keupayaan, carta laluan penyahkarbonan merentas industri dan menggerakkan kewangan yang mampan. Pusat kerjasama serantau IEA boleh membantu memacu kerjasama seluruh rantau dan membantu mengukuhkan rangka kerja dasar untuk peralihan tenaga mampu milik,” kata Encik Somani.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >