Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Syarikat teknologi digital UST disokong Temasek teroka IPO: Sumber

Feb 01, 2024 | 05:10 PM



Sebuah syarikat teknologi digital, UST, yang disokong Temasek Singapura, sedang meneroka tawaran awam awal (IPO) di Amerika Syarikat dan mungkin berusaha mengumpul sekurang-kurangnya AS$500 juta ($670 juta), menurut sumber yang dekat dengan syarikat tersebut.

Syarikat di California selatan itu kini bekerjasama dengan beberapa bank termasuk Goldman Sachs Group dan JPMorgan Chase and Co, mengenai potensi IPO itu yang mungkin dilaksanakan seawal separuh kedua 2024, kata sumber tersebut.

Syarikat itu mungkin dianggarkan bernilai sekitar AS$10 bilion dalam tawaran tersebut, kata salah satu sumber berkenaan.

Potensi penjualan saham kali pertama buat syarikat itu mungkin berlaku ketika banyak syarikat yang ingin mendapatkan IPO mengambil sikap lebih berhati-hati, selepas kemerosotan dua tahun dalam kegiatan penyenaraian awam, lapor The Straits Times yang memetik laporan Bloomberg.


Sentimen optimis mengenai pasaran IPO di Amerika yang semakin rancak semula telah terjejas oleh tawaran IPO pertama syarikat BrightSpring Health Services pada 2024, yang melihat harga sahamnya menjunam 15 peratus daripada harga IPO.

Perbincangan mengenai IPO UST masih berjalan dan keputusannya belum muktamad, kata sumber yang tidak mahu dinamakan itu.

Wakil Goldman Sachs, JPMorgan dan UST turut enggan mengulas mengenai IPO itu.

Ditubuhkan pada 1999 di Aliso Viejo, California, dan Trivandrum, India, UST menyediakan perkhidmatan termasuk transformasi perniagaan digital kepada syarikat di serata dunia, menurut laman sesawangnya.

Syarikat itu mempunyai pejabat di lebih 30 negara dan bekerjasama dengan pelanggan dalam pelbagai industri, termasuk penjagaan kesihatan, perkilangan, perkhidmatan kewangan dan semikonduktor.

Temasek melabur AS$250 juta dalam UST untuk memiliki 20 peratus kepentingan dalam syarikat itu pada 2018, dan membuat pelaburan susulan sebanyak AS$120 juta dua tahun kemudian.

Syarikat itu kini bernilai lebih AS$1 bilion, menurut laman sesawang tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >