Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Inflasi keseluruhan S’pura cecah 4.8% pada 2023

Jan 23, 2024 | 06:36 PM



Inflasi Singapura pada keseluruhan 2023 ialah 4.8 peratus, hampir sama dengan ramalan rasmi pemerintah.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) meramalkan inflasi keseluruhan 2023 ialah “sekitar 5 peratus”.

Inflasi pada Disember 2023 pula lebih tinggi sedikit daripada jangkaan, menurut data MAS dan MTI pada 23 Januari.

Inflasi teras, yang tidak termasuk penginapan dan pengangkutan privet, pada keseluruhan 2023 ialah 4.2 peratus, juga hampir sama dengan ramalan rasmi “sekitar 4 peratus”, lapor The Business Times.


Pada 2022, inflasi keseluruhan ialah 6.1 peratus secara purata, manakala inflasi teras pula 4.1 peratus.

“Pada 2023, kadar inflasi terjejas oleh kenaikan kadar GST (cukai barangan dan perkhidmatan) kepada 8 peratus,” tambah pihak berkuasa itu.

Pada Disember 2023, inflasi keseluruhan dan teras naik sedikit, daripada turun sedikit seperti yang dijangka.

Inflasi keseluruhan menjangkau 3.7 peratus, naik daripada 3.6 peratus pada November dan daripada anggaran median, atau nilai tengah, 3.5 peratus oleh Bloomberg.


Ini mencerminkan kadar kenaikan lebih pantas dalam kos pengangkutan privet, di samping peningkatan dalam inflasi perkhidmatan.

Inflasi teras mencapai 3.3 peratus pada Disember, tinggi sedikit daripada 3.2 peratus pada bulan sebelumnya dan ramalan median 3 peratus oleh pakar ekonomi Bloomberg.


Kenaikan itu pada umumnya disebabkan inflasi lebih tinggi bagi perkhidmatan.

Mengenai prospek inflasi, MAS dan MTI mengambil perhatian bahawa harga minyak mentah sedunia jatuh pada suku keempat 2023. Ia menjangka harga itu akan mantap pada sekitar harga pasaran ketika ini.

“Harga perkhidmatan berkaitan perjalanan riadah ke luar negara juga dijangka menyederhana sepanjang 2024, dengan keadaan bekalan dalam industri hospitaliti antarabangsa kini bertambah baik,” tambahnya.

Kadar inflasi bercampur-campur dalam kategori yang berlainan pada Disember.

Inflasi perkhidmatan naik kepada 3.9 peratus pada Disember, daripada 3.5 peratus pada bulan sebelumnya, dengan perbelanjaan percutian naik pada kadar lebih pantas.

Tambang penerbangan pula turun sedikit.

Bayaran perkhidmatan pengangkutan dari satu tempat ke satu tempat (P2P), dan tambang bas serta kereta api naik pada kadar lebih tinggi.

Inflasi pengangkutan privet meningkat kepada 5 peratus daripada 4.2 peratus pada November, disebabkan kenaikan lebih besar dalam harga kereta dan petrol.

Bagi barangan runcit dan lain-lain, inflasi naik sedikit kepada 1.1 peratus daripada 1 peratus, berikutan kenaikan harga barangan tahan lama isi rumah, dan kadar kenaikan lebih tinggi bagi harga produk penjagaan diri.

Bagaimanapun, inflasi penginapan kekal tidak berubah pada 4.1 peratus, sedang harga sewa rumah naik pada kadar stabil.

Inflasi elektrik dan gas, sebaliknya, susut kepada 1.3 peratus daripada 1.5 peratus pada November, dengan kenaikan lebih kecil dalam kos elektrik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >