Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pakar ekonomi swasta ramal pertumbuhan S’pura 2024 susut

Dec 13, 2023 | 07:38 PM



Pakar ekonomi dari sektor swasta menurunkan jangkaan pertumbuhan 2024 bagi Singapura, yang berteraskan eksport.

Ini ekoran risiko kelembapan ekonomi sejagat yang kian meningkat.

Menurut tinjauan suku tahunan pakar profesional yang dikeluarkan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada 13 Disember, produk keluaran tempatan diunjurkan sebanyak 2.3 peratus pada 2024, susut daripada jangkaan sebelumnya, iaitu 2.5 peratus.

Berdasarkan tinjauan MAS pada November, 81 peratus daripada golongan 25 pakar ekonomi mengungkapkan limpahan daripada kelembapan pertumbuhan luaran sebagai risiko kekurangan utama terhadap ekonomi Singapura.

Responden juga mengemukakan ketegangan geopolitik, tekanan inflasi dan limpahan daripada pertumbuhan lemah di China – yang merupakan rakan dagang terbesar Singapura – berisiko kepada pertumbuhan tempatan juga.

Ekoran daripada itu, 60 peratus daripada responden meninjau ekonomi Singapura akan pulih sekiranya pertumbuhan luaran berbaik.

Segelintir daripada mereka juga mengungkapkan beberapa faktor yang mendorong kepada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) positif pada 2024 termasuk – jangkaan pemulihan eksport elektronik dan pertumbuhan yang lebih kukuh di China.

Pada November, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) meramalkan ekonomi Singapura akan meningkat kira-kira 1 hingga 3 peratus pada 2024 disebabkan pemulihan yang beransur dalam sektor perdagangan.

Ramalan untuk 2023 dalam tinjauan itu seiring dengan anggaran MTI berkenaan pertumbuhan GDP sebanyak 1 peratus pada 2023.

Walaupun kebanyakan pengamat berharap kededua kadar inflasi barangan keseluruhan dan teras – yang tidak termasuk kos pengangkutan dan penginapan privet – akan memulih pada 2024, mereka tetap meningkat unjuran mereka berkenaan kadar perubahan harga bagi tinjauan sebelumnya.

Mereka meramalkan inflasi utama sebanyak 3.4 peratus berbanding dengan ramalan sebelumnya, 3.1 peratus.

Inflasi teras diunjur sebanyak 3 peratus secara purata pada 2024. Kadar ini lebih baik berbanding kadar yang diunjurkan pada September.

Bagi 2023, tinjauan itu mendapati inflasi utama menjangkau 4.8 peratus, mengecil daripada anggaran MAS yang sebanyak 5 peratus. Inflasi teras pula diunjurkan 4.1 peratus, lebih tinggi daripada ramalan MAS sebanyak 4 peratus.

Berkenaan petunjuk kewangan utama pula, 57 peratus daripada responden menjangkakan keuntungan dari sektor korporat untuk meningkat pada 2024, kadar yang lebih baik berbanding keuntungan stabil yang dijangkakan pada 2023.

Harga hartanah perumahan privet didapati menyusut sebanyak 43 peratus pada 2024. Namun, perkadaran yang sama pengamat meramalkan peningkatannya tahun itu juga.

Tiada seseorang daripada responden menjangkakan sebarang perubahan dalam pendirian kewangan MAS yang tegas itu semasa ulasannya pada 2024. Namun, segelintir daripada mereka meramalkan bahawa pendirian tersebut akan mula berubah selepas mesyuaratnya pada April.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >