Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Inflasi teras SG bagi Jun capai paras tertinggi dalam 13 tahun

Jul 26, 2022 | 05:30 AM



INFLASI teras Singapura meningkat pada tahap paling pantas dalam tempoh 13 tahun setelah ia meningkat 4.4 peratus bulan lalu berbanding setahun lalu, menurut kenyataan bersama Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).



Peratusan itu melebihi kadar paling tinggi sebelum ini, iaitu sebanyak 4.2 peratus pada Disember 2008.



Ia menunjukkan bahawa inflasi kian meningkat dalam pelbagai kategori termasuk perkhidmatan, makanan, runcit dan utiliti.



Inflasi teras, yang tidak termasuk kos pengangkutan privet dan penginapan, meningkat disebabkan harga makanan, runcit dan utiliti yang lebih tinggi.



Perangkaan bagi bulan lalu adalah lebih tinggi berbanding ramalan UOB sebanyak 3.8 peratus dan 3.6 peratus pada Mei.



Secara keseluruhan, Indeks Harga Pengguna (CPI) tumbuh 6.7 peratus bulan lalu berbanding 5.6 peratus Mei lalu.



Ia disebabkan peningkatan dalam kategori pengangkutan privet yang menjulang sebanyak 21.9 peratus disebabkan kenaikan harga kereta dan kos petrol, serta dan kos penginapan yang naik 4.2 peratus disebabkan harga sewa yang melonjak.



Ketua Pakar Ekonomi OCBC, Cik Selena Ling berkata gangguan bekalan dalam pasaran komoditi disebabkan perang Russia-Ukraine dan permintaan serantau yang tinggi bermakna inflasi akan kekal tinggi dalam tempoh terdekat ini.



"Di dalam negeri, firma-firma juga mengalihkan tekanan kos dari kenaikan harga bahan mentah, minyak dan tenaga kerja kepada pengguna,'' kata Cik Ling.



Inflasi utama 2022 SG diramal capai 5-6%



Ramalan bagi seluruh tahun ini juga telah disemak untuk mencerminkan kadar yang lebih tinggi.



Bagi seluruh 2022, inflasi utama diramalkan mencapai antara 5 hingga 6 peratus.



Sementara itu, inflasi teras pula diramalkan mencapai kadar antara 3 hingga 4 peratus.



Data Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) yang dikeluarkan semalam juga menunjukkan bahawa inflasi makanan mencecah 5.4 peratus bulan lalu berbanding 4.5 peratus pada Mei.



Ini hasil kenaikan harga perkhidmatan makanan dan makanan belum dimasak yang lebih tinggi.



Inflasi perkhidmatan pula meningkat hingga mencapai 3.4 peratus disebabkan kenaikan lebih pantas kos perbelanjaan percutian, perkhidmatan pengangkutan dari satu tempat ke tempat yang lain serta tambang tiket penerbangan.



Bagi kategori runcit dan barangan lain pula, inflasi meningkat hingga mencapai kadar 3.1 peratus bulan lalu berbanding 1.8 peratus pada Mei.



Ini antara lain disebabkan kos perubatan dan produk kesihatan serta pakaian dan kasut yang naik lebih tinggi.



Sementara itu, harga elektrik dan gas pula meningkat hingga 20 peratus bulan lalu, dengan harga purata pelan elektrik meningkat lebih pantas.



Inflasi bagi penginapan pula mencecah 4.2 peratus disebabkan harga sewa rumah yang meningkat lebih tinggi.



Kos pengangkutan privet pula meningkat 21.9 peratus di tengah-tengah harga kereta dan kos petrol yang melonjak lebih tinggi.



Menurut MAS dan MTI, tekanan inflasi akan kekal tinggi bagi beberapa bulan akan datang.



Inflasi teras juga dijangka mencapai kadar paling tinggi dalam suku ketiga tahun ini sebelum reda menjelang hujung tahun, kata mereka.



Tambahnya, kenaikan kos kereta dan penginapan pula dijangka kekal hingga hujung tahun ini.



Dari segi domestik pula, pasaran pekerja kekal ketat dan pertumbuhan gaji terus kukuh.



Pihak berkuasa menarik perhatian bahawa tekanan meningkat pada harga import Singapura juga dijangka berterusan.



"Sedang perbelanjaan pengguna kekal kukuh, perusahaan dijangka menyalurkan kenaikan harga minyak, utiliti dan barangan lain yang diimport, serta kos tenaga pekerja, kepada harga pengguna," ujar mereka.



Bank pusat negara ini sebelum ini mengetatkan dasar kewangannya dalam satu langkah yang mengejutkan pada 14 Julai lalu.



Ini merupakan kali keempat dasar itu diperketat sepanjang sembilan bulan lalu.



Bank pusat Singapura biasanya menerbitkan dua kenyataan dasar kewangan yang telah dijadualkan, pada April dan Oktober.




 "Sedang perbelanjaan pengguna kekal kukuh, perusahaan dijangka menyalurkan kenaikan harga minyak, utiliti dan barangan lain yang diimport, serta kos tenaga pekerja, kepada harga pengguna."
- Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >