Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

KENAIKAN KOS SARA HIDUP

Inisiatif bantu warga harungi kos yang meningkat

Apr 23, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Kewangan, Encik Lawrence Wong, sebelum ini berkata beberapa inisiatif diumumkan semasa Belanjawan Negara akan dilaksanakan lebih awal untuk membantu masyarakat Singapura.



Antaranya, bagi menolong warga pula, semua isi rumah akan menerima baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) bernilai $100 pada pertengahan bulan depan - pertambahan kepada baucar yang diberikan pada Disember lalu.



Bagi mereka yang telah menggunakan baucar CDC, ramai yang menyatakan ia berguna untuk membantu menangani tekanan kenaikan kos kehidupan walaupun untuk sementara waktu.



Baucar CDC itu boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan serta makanan dari penjaja dan penjual yang berada di bawah skim tersebut.



Bagi Cik Kamilia Abdul Rahim, 36 tahun, baucar CDC itu digunakan beliau dan keluarganya apabila mereka makan di luar.



"Harga makanan di luar kini sudah melonjak... banyak peniaga telah menaikkan harga makanan sejak awal tahun ini.



"Oleh itu, saya seringkali masak di rumah kerana ia lebih menjimatkan untuk keluarga kami lima beranak.



"Mujur dengan adanya baucar CDC, kami menggunakannya apabila saya terlalu sibuk untuk memasak dan ia dapat membantu menangani kos pembelanjaan saya," kata guru separuh masa itu.



Bagi Cik Salmah Ahmad, 73 tahun, beliau pula menggunakan baucar CDC untuk membeli barangan keperluan dapur di kedai kejiranannya.



"Sekarang, semua harga barangan semakin naik dan 30 biji telur berharga sekitar $7.30 berbanding tahun lalu apabila ia berharga sekitar $5.



"Oleh itu, baucar CDC amat berguna kerana saya dapat membeli barangan keperluan dapur untuk masak setiap hari dan saya berasa lega mendapat lagi baucar CDC bulan depan," kata beliau.



Lebih $72 juta telah digunakan isi rumah Singapura melalui baucar CDC dalam tempoh tiga bulan sejak skim itu dilancarkan.



Ini menurut Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling yang berkongsi hal itu semasa Forum Perniagaan Belanjawan Singapura 2022 Lianhe Zaobao akhir bulan lalu.



Baucar itu boleh digunakan di pusat-pusat penjaja dan kedai-kedai di kejiranan yang berada di bawah skim tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >