Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

IPS, SBF anjur sidang ekonomi sejagat 29 Julai

Jun 5, 2025 | 2:32 PM
Persidangan IPS-SBF ‘Global-City Singapore: SG60 and Beyond’
Institut Pengajian Dasar (IPS) dan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) akan menganjurkan Persidangan IPS-SBF ‘Global-City Singapore: SG60 and Beyond’ pada 29 Julai. - Foto fail

Institut Pengajian Dasar (IPS) dan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) akan menganjurkan Persidangan IPS-SBF ‘Global-City Singapore: SG60 and Beyond’ pada 29 Julai secara bersama, dengan acara prapersidangan yang berlangsung mulai 22 Julai hingga 25 Julai 2025.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, akan menyampaikan ucapan perasmian, manakala Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, pula akan menyampaikan ucapan penutup.

“Perkongsian yang tidak pernah berlaku sebelum ini menekankan komitmen bersama kededua institusi untuk membentuk wacana yang bermakna di persimpangan dasar dan keusahawanan,” kata SBF dan IPS dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada 5 Jun.

Seramai 1,200 wakil tertinggi daripada sektor industri, pemerintah dan perniagaan – kalangan pemikir sejagat, penggubal dasar, ketua korporat dan ahli akademik – dijangka berhimpun bagi menganalisis dan membincangkan interaksi antara trend mega yang sedang membentuk semula ekonomi global dalam persidangan yang merangkumi tiga sesi pleno itu.

Antara lain, ia akan membincangkan sistem kerjasama sejagat dan strategi ekonomi, peralihan dasar melibatkan rantaian bekalan serta perkembangan penting seperti kelestarian alam sekitar, pendigitalan, dan kecerdasan buatan (AI).

Sempena sambutan SG60, persidangan tersebut turut meneroka pemikiran berani mengenai daya saing ekonomi Singapura dalam landskap sejagat yang sedang berubah, sambil memperbaharui iltizam terhadap masa depan negara yang mampan, terangkum dan inovatif.

Antara penceramah terkemuka dari Singapura dan antarabangsa yang bakal hadir termasuk Ketua Ahli Ekonomi dan Naib Presiden Kanan Ekonomi Pembangunan, Kumpulan Bank Dunia, Dr Indermit Gill; Pengerusi PT Bank Mandiri Tbk dan PT XL-Axiata Tbk, Dr Muhamad Chatib Basri; Rakan Pengurusan Sejagat di McKinsey & Company, Encik Bob Sternfels; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan DBS, Cik Tan Su Shan; dan Duta Tindakan Iklim Singapura, Encik Ravi Menon.

Dalam pada itu, ucaptama akan disampaikan oleh Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Antarabangsa, Encik John Denton.

Acara tersebut disokong oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), Enterprise Singapore dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg