Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Jenama EV China, Xpeng, akan dijual di S’pura

Mar 18, 2024 | 04:18 PM



Jenama kenderaan elektrik (EV) China, Xpeng, yang disokong oleh syarikat pembuat kereta Jerman, Volkswagen, akan dilancarkan di Singapura menjelang separuh kedua 2024.

Beberapa sumber yang maklum mengenai rundingan itu berkata pembuat EV itu melantik Premium Automobiles sebagai pengedarnya, baru-baru ini.

Ini adalah jenama EV China kedua yang diwakili Premium, selepas Zeekr daripada syarikat kenderaan Geely, lapor akhbar The Straits Times (ST).


Model pertama Xpeng yang dijangka dijual di Singapura adalah G6, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang mempunyai saiz hampir sama dengan kereta Model Y Tesla, jenama EV Amerika Syarikat.

Ia mungkin menampilkan versi kereta satu motor yang mampu mencapai jarak perjalanan 580 kilometer (km) apabila dicas sepenuhnya.

Premium Automobiles tidak menjawab pertanyaan mengenai Xpeng apabila diminta mengulas.

Pengedar itu, yang juga rakan kongsi runcit jenama kereta Jerman, Audi, hanya menyatakan bahawa Zeekr dijangka dilancarkan di sini menjelang suku ketiga 2024.

Xpeng memasuki pasaran Singapura ketika kadar penggunaan EV di sini kian meningkat.

Pada 2023, EV membentuk 18.1 peratus daripada jumlah pendaftaran kereta di Singapura, meningkat daripada 11.7 peratus pada 2022 dan 3.8 peratus pada 2021.

Jenama China itu dianggap oleh pakar industri sebagai antara pesaing paling kuat terhadap Tesla, walaupun ia hanya mengeluarkan 141,600 kereta pada 2023 – sebahagian kecil daripada 1.08 juta kereta yang dikeluarkan Tesla.

Ia menjual model kereta pemanduan sebelah kiri di China, Denmark, Belanda, Norway dan Sweden.

Pada 11 Mac, South China Morning Post melaporkan bahawa Xpeng merancang melancarkan model kereta pemanduan sebelah kanan pada separuh kedua 2024 sebagai sebahagian strategi pengembangan syarikat itu di seluruh dunia.


Volkswagen memiliki kepentingan 5 peratus dalam syarikat dari Guangzhou, China itu.

Kededua syarikat tersebut sedang berusaha membangun dua model kereta berjenama VW untuk pasaran China.

Konsultan automotif, Encik Say Kwee Neng, berkata Xpeng adalah satu daripada tiga jenama EV China. Dua lagi adalah Nio dan Li Auto, yang dipandang baik oleh ramai disebabkan teknologi, reka bentuk dan tahap kecanggihan produknya.

“Terdapat banyak yang digembar-gembur di sebalik ketiga-tiga jenama ini, tetapi akhirnya, terpulang kepada wakil di Singapura untuk membawa campuran model yang sesuai dan relevan. Kami telah melihat bagaimana BYD telah meruntuhkan tembok untuk menjadikan EV China diingini pengguna di sini,” tambah Encik Say.

Jenama EV China, BYD, adalah jenama kereta keempat terlaris di Singapura pada 2023, mengatasi penjualan kereta Nissan (kelima), Hyundai (ketujuh) dan Tesla (kesembilan).

Xpeng menyertai sekurang-kurangnya lima jenama China lain yang dijadual memasuki pasaran Singapura, termasuk GAC Aion, yang akan dilancarkan pada April oleh Vincar.

Kemasukan pelbagai jenama kereta itu akan menjadikan bilangan jenama kereta China naik lebih seganda daripada empat pada 2023 – BYD, MG, Maxus dan Ora.

Encik Say percaya pelbagai jenama EV China kini mempercepat langkah memasuki pasaran Singapura untuk membina kepercayaan di seluruh dunia, sedang ia cuba menembusi pasaran Eropah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >