Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Jepun hilang status ekonomi ketiga terbesar dunia dek alami kemelesetan

Feb 15, 2024 | 05:18 PM



TOKYO: Ekonomi Jepun mengalami kemelesetan yang tidak dijangka, selepas merosot dua suku berturut-turut disebabkan permintaan domestik yang lemah.


Kemelesetan tersebut turut membuat beberapa pemerhati ekonomi melanjutkan jangkaan mengenai tarikh berakhirnya dasar kadar faedah negatif negara itu.

Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Jepun susut pada kadar tahunan 0.4 peratus bagi suku akhir Oktober hingga Disember 2023, menyusuli penguncupan yang disemak kepada 3.3 peratus bagi suku sebelumnya, menurut Pejabat Kabinet negara itu pada 15 Februari.

Laporan itu menunjukkan kededua isi rumah dan perniagaan mengurangkan perbelanjaan untuk tiga suku berturut-turut, sedang ekonomi Jepun merosot ke kedudukan keempat terbesar dunia dari segi nilai dolar Amerika Syarikat pada 2023.

Jerman kini menjadi ekonomi ketiga terbesar dunia, menurut akhbar The Straits Times (ST) yang memetik laporan Bloomberg.


Walaupun ramalan daripada seramai 34 pakar ekonomi mencapai konsensus pertumbuhan sekitar 1.1 peratus pada suku tersebut, hanya seorang daripada mereka menjangka penguncupan itu.

Prestasi ekonomi lebih lemah itu akan menyukarkan rancangan Bank Jepun (BOJ) untuk menaikkan kadar faedah buat pertama kali di Jepun sejak 2007.

Kebanyakan pakar ekonomi dalam tinjauan pada Januari lalu itu sebelum ini menjangka BOJ akan melaksanakan rancangan itu menjelang April 2024.

“Ini adalah cabaran bagi BOJ,” kata pakar ekonomi Norinchukin Research, Encik Takeshi Minami.

“Saya rasa ada yang menyangka BOJ akan menghentikan kadar faedah negatif pada Mac atau April, tetapi cabaran kini melanda,” ujar beliau.

Baru-baru ini, lembaga dasar BOJ mempergiat perbincangan berhubung jalan keluar daripada dasar kadar faedah pada paras bawah sifar, dan cuba meyakinkan pasaran bahawa kenaikan kadar faedah tidak menandakan dasar yang berubah secara mendadak.

Perbelanjaan pengguna di Jepun susut 0.2 peratus, sedang banyak isi rumah mengharungi kos sara hidup yang meningkat dengan mengurangkan perbelanjaan.

Perbelanjaan isi rumah turun 2.5 peratus pada Disember 2023 berbanding Disember 2022, dan merosot 10 bulan berturut-turut, disebabkan kenaikan gaji yang lebih rendah daripada inflasi.

Perbelanjaan perniagaan juga susut 0.1 peratus pada suku akhir 2023.

Menurut laman web Investopedia, BOJ memperkenal kadar faedah negatif, yang bertujuan menggalak pinjaman, perbelanjaan dan pelaburan untuk merancakkan ekonomi Jepun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >