Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Yen lebih lemah manfaatkan pelancong S’pura

Nov 14, 2023 | 01:48 PM



Melancong ke Jepun dan berbelanja untuk menikmati makanan omakase halal dan membeli barangan seperti kasut berjenama dan pakaian Uniqlo di negara itu kini lebih dimampui ramai warga Singapura.


Hidangan omakase merujuk pada pesanan makanan yang pelanggan serahkan untuk dicorak mengikut cita rasa cef.


Lebih ramai warga Singapura lebih mampu menikmati pembelian barangan yang lebih dimampui kerana yen kini mencecah paras terendah 111.6 bagi sedolar Singapura pada Isnin, paras paling lemah sejak 2010, menurut rekod penyedia data kewangan, MarketWatch.


Mata wang Jepun juga berada pada paras terendah berbanding dolar Amerika Syarikat dan mencecah paras rendah 151.8 yen bagi sedolar Amerika pada Isnin, menurut data itu lagi, lapor The Straits Times (ST).


Kejatuhan berterusan yen pada hujung minggu itu berikutan panduan baru Bank Jepun (BOJ) yang dikeluarkan Khamis lalu bahawa dasar kewangannya besar kemungkinan kekal longgar buat masa ini.

Bank pusat negara itu berkata ia akan terus memantau kadar inflasi di tengah-tengah harga import yang tinggi dan kenaikan gaji yang bakal dilaksanakan, menurut satu laporan ringkasan pendapat daripada mesyuarat terbaru BOJ pada 31 Oktober.

BOJ menyasarkan untuk mengekalkan harga yang stabil pada kadar inflasi sekitar 2 peratus selepas mengambil kira kenaikan gaji mulai 2024.

Pertubuhan pekerja terbesar Jepun menyatakan pada Oktober bahawa ia akan menuntut kenaikan gaji sekurang-kurangnya 5 peratus pada 2024, menurut ST.


Buat masa ini, BOJ mengunjurkan bahawa kadar kenaikan tahun ke tahun bagi Indeks Harga Pengguna (CPI) untuk semua barangan tidak termasuk makanan segar, akan kekal tinggi pada 2.8 peratus pada 2023 dan 2024, sebelum jatuh kepada 1.7 peratus pada 2025.

Memandangkan masih ada jarak masa yang agak jauh sebelum mencapai sasaran 2 peratus dengan kitaran antara kenaikan gaji dengan kenaikan harga, adalah penting bagi bank untuk terus menyokong rentak kenaikan gaji melalui penerusan dasar kewangan yang longgar, kata BOJ dalam laporan itu.

Lebih dua juta pelancong melawat Jepun pada September 2023 iaitu 96.1 peratus daripada jumlah pelancong di negara itu pada September 2019, kata Pertubuhan Pelancongan Nasional Jepun (JNTO) pada Oktober.

Dengan yen pada paras paling lemah kini, perbelanjaan pelancong di negara itu dijangka akan melonjak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >